Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah galak belia rebut peluang unik yang wujud daripada pandemik

Golongan belia diseru memanfaatkan peluang-peluang unik yang timbul daripada pandemik COVID-19 dengan mendakapi pendigitalan dan menimba banyak pengalaman industri. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Nov 2021 07:13PM Dikemas Kini : 27 Nov 2021 11:41PM

SINGAPURA: Golongan belia diseru memanfaatkan peluang-peluang unik yang timbul daripada pandemik COVID-19 dengan mendakapi pendigitalan dan menimba banyak pengalaman industri.

Presiden Halimah Yacob menyarankan demikian kepada kira-kira 700 peserta dalam pertemuan belia yang terbesar di Singapura siang tadi (27 Nov).

"Kita harus berusaha untuk meningkatkan diri - terus belajar untuk kekal relevan dan mengharungi gelombang perubahan ini. Mulakan dengan melengkapkan diri anda dengan peralatan dan set kemahiran yang betul untuk kekal berdaya saing," ujar Puan Halimah.

Pihak penganjur acara berharap dapat membantu menangani kebimbangan para belia mengenai pekerjaan.

Mereka diberi maklumat tentang kerjaya dalam bidang-bidang seperti seni, sukan, perniagaan dan teknologi.

Pertemuan secara hibrid selama dua hari itu meliputi perbincangan panel dan bengkel dengan tokoh-tokoh industri. 

Sumber : CNA/IA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan