Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah dan lebih 100 orang hadiri jamuan khas Deepavali

Lebih 100 orang termasuk Presiden Halimah Yacob, menghadiri satu majlis jamuan khas Deepavali anjuran Lembaga Endowmen Hindu dan Lembaga Penasihat Hindu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 08 Nov 2018 09:24PM Dikemas Kini : 08 Nov 2018 09:37PM

SINGAPURA: Lebih 100 orang termasuk Presiden Halimah Yacob, menghadiri satu majlis jamuan khas Deepavali anjuran Lembaga Endowmen Hindu dan Lembaga Penasihat Hindu.

Para hadirin rata-rata terdiri daripada para kakitangan dan pemimpin 10 Pertubuhan Silang Agama (IRO) dan anggota masyarakat masing-masing.

Mereka bukan saja disajikan dengan pelbagai hidangan istimewa tetapi juga mempelajari lebih mendalam tentang perayaan itu.

Ini dilakukan dengan pelbagai pameran yang disediakan selain beberapa permainan untuk dicuba sendiri tetamu yang hadir.

"Kami rasakan ini adalah satu usaha yang sangat baik untuk mengeratkan lagi kesefahaman antara agama, di mana dalam majlis tadi ada penerangan tentang apa itu Deepavali, apakah perayaan yang diadakan dalam masa Deepavali dan sebagainya," kata Ketua Pusat Harmoni, Ustaz Mohd Ali Atan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan