Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah buat penampilan sulung di NDP sebagai ketua negara

Buat julung-julung kalinya Presiden Halimah Yacob akan menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan, sebagai Ketua Negara.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Aug 2018 07:46PM Dikemas Kini : 07 Aug 2018 11:01PM

SINGAPURA: Buat julung-julung kalinya Presiden Halimah Yacob akan menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan, sebagai Ketua Negara.

Dalam catatannya di laman Facebook hari ini (7 Ogos), beliau melahirkan rasa gembira untuk menghadiri NDP pada 9 Ogos nanti.

Beliau menambah kepelbagaian bakat para peserta NDP menjadikannya amat bermakna bagi diri beliau. Rakyat Singapura, tambahnya, boleh mencapai lebih banyak kemajuan, jika bersatu.

Di NDP tahun ini para penonton akan mendapat beg-beg cenderahati yang buat pertama kalinya direka oleh para pelajar keperluan khas.

Pertunjukan udara tahun ini juga lebih gah sempena ulang tahun ke-50 angkatan tentera udara RSAF.

Selain itu, para penyelam Tentera Laut akan menyertai pasukan Red Lions dalam acara payung terjun. 

Sumber : CNA/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita