Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah beri anugerah tentera kepada Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah beri anugerah tentera kepada Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat

(Gambar: Kementerian Pertahanan)

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob memberikan kepada Ketua Operasi Tentera Laut Amerika Syarikat, Laksamana Michael Gilday, satu anugerah tentera.

Ia bagi mengiktiraf sumbangan beliau dalam meningkatkan hubungan cemerlang dan sekian lama antara tentera laut kedua-dua negara.

Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen menyampaikan Bintang Khidmat Cemerlang kepada Laksamana Gilday.

Menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF), di bawah kepimpinan Laksamana Gilday, kerjasama tentera laut terus berkembang.

Ini termasuk sambungan semula persinggahan pelabuhan oleh kumpulan-kumpulan penggempur kapal induk dan kapal selam tentera laut Amerika.

Latihan dua hala juga memperkukuhkan ikatan antara kakitangan kedua-dua pihak.
Sumber : AGENCIES/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita