Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah bakal hadiri upacara perasmian Olimpik Musim Sejuk Beijing

Presiden Halimah Yacob akan menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan kegiatan-kegiatan berkaitanpada bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Halimah bakal hadiri upacara perasmian Olimpik Musim Sejuk Beijing

Presiden Halimah Yacob melambaikan tangan di acara Perbarisan Hari Kebangsaan di Pentas Terapung Marina Bay pada 21 Ogos 2021. (Gambar: Marcus Ramos)

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan menghadiri upacara perasmian Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dan kegiatan-kegiatan berkaitanpada bulan depan.

Lawatan ke Beijing itu, dari 3 hingga 6 Februari, adalah atas undangan Presiden China Xi Jinping, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Jumaat (28 Jan).

Puan Halimah juga bakal mengadakan mesyuarat dua hala dengan Encik Xi dan Perdana Menteri Li Keqiang. Selain itu, Presiden akan menghadiri jamuan selamat datang yang akan dihoskan oleh Encik Xi dan Cik Peng Liyuan buat para tetamu kenamaan luar negara.

Puan Halimah akan diiringi oleh Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling serta para pegawai daripada Pejabat Presiden, Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

Semasa Puan Halimah berada di Beijing, Encik Eddie Teo, Pengerusi Majlis Penasihat Presiden, akan menjalankan fungsi Pejabat Presiden.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan