Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Halimah bakal hadiri istiadat pertabalan Raja Charles di London

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 May 2023 01:48PM Dikemas Kini : 03 May 2023 10:22PM
SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan menghadiri istiadat pertabalan Raja Charles di London pada Sabtu (6 Mei).

Beliau akan melawat London dari 4 hingga 7 Mei atas undangan kerajaan Britain, menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) dalam kenyataan medianya pada Rabu (3 Mei).

Lebih 2,200 hadirin dijangka menghadiri istiadat pertabalan di Westminster Abbey, termasuk para ketua negara, menteri luar, kerabat diraja dan wakil agama.

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Perdana Menteri Australia Anthony Albanese adalah antara pemimpin dunia yang bakal menghadiri istiadat tersebut.

Putera Mahkota Fumihito dan Puteri Mahkota Kiko dari Jepun juga akan melakukan lawatan rasmi pertama mereka ke Britain bagi istiadat pertabalan itu.

Di London, Puan Halimah juga akan mengadakan mesyuarat secara berasingan dengan Presiden Vietnam Vo Van Thuong dan Presiden Fiji Ratu Wiliame Katonivere, dedah MFA.

Beliau juga bakal menghadiri majlis resepsi yang dianjurkan bagi rakyat Singapura yang berpangkalan di Britain.

Puan Halimah akan turut diiringi suaminya serta para pegawai dari Pejabat Presiden dan MFA.

Semasa berada di Britain, pengerusi Majlis Penasihat Presiden, Encik Eddie Teo, akan menggalas tugas Pejabat Presiden.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan