Presiden Halimah akan terus perjuang isu kesihatan mental, golongan kurang upaya selepas bersara
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: MCI/Liu Ying)
SINGAPURA:Presiden Halimah Yacob berkata beliau akan terus memperjuangkan perkara-perkara yang dekat di hatinya apabila bersara kelak selepas tamat penggal jawatannya pada September ini.
Beliau menjawab pertanyaan mengenai rancangannya selepas tempoh jawatannya berakhir, di Majlis Jamuan Malam Ulang Tahun ke-35 Institut Kajian Dasar (IPS), pada Isnin malam (26 Jun).
Presiden Halimah menyebut dua perkara yang akan terus diperjuangkannya iaitu keadaan kesihatan mental dan membantu golongan kurang upaya.
Merenung semula keadaan negara sekarang selepas enam tahun beliau menjadi Ketua Negara, Presiden Halimah berkata lebih banyak perlu dilakukan untuk mengurangkan pembekuan dalam mobiliti sosial dan polarisasi di negara ini.
Beliau juga menekankan pentingnya pengurusan yang baik dalam mengharungi masa-masa krisis seperti pandemik.

Sumber : CNA/MU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.