Presiden Halimah akan lakukan lawatan negara ke M'sia minggu depan

Presiden Halimah Yacob mengadakan pertemuan dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa lawatan negaranya ke Singapura pada Oktober 2022. (Gambar: Facebook/Halimah Yacob/Perhubungan dan Penerangan)
Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Sabtu (18 Mac).
Dalam lawatannya itu, Puan Halimah akan mengadakan pertemuan dengan Agong, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, pemimpin-pemimpin perniagaan dan warga Singapura yang menetap di Malaysia.
"Ini merupakan lawatan negara yang pertama bagi Presiden Halimah ke Malaysia dan ia sebagai membalas lawatan negara Yang di-Pertuan Agong ke Singapura pada Oktober 2022," dedah MFA.
Selepas upacara tersebut, Puan Halimah akan menanam sebatang pokok gelam di pekarangan istana. Sejenis orkid kacukan baru iaitu Vanda Halimah Yacob Mohamed akan dinamakan sempena lawatan Puan Halimah dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee.
"Ini adalah kali pertama upacara menanam pokok dan upacara menamakan orkid disertakan dalam lawatan negara ke Malaysia," jelas MFA.
Agong dan isterinya juga akan menghoskan majlis jamuan negara bagi Puan Halimah.
Puan Halimah kemudian akan mengadakan pertemuan dengan Encik Anwar dan selaku canselor Universiti Nasional Singapura (NUS), beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Sultan Perak dan canselor Universiti Malaya, Nazrin Muizzuddin Shah.
Puan Halimah turut dijangka akan mengadakan pertemuan dengan para pemimpin perniagaan dari Singapura dan Malaysia, di samping menghadiri jamuan yang dihoskan oleh warga Singapura di Malaysia dan mengadakan lawatan ke Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
Presiden Halimah yang akan ditemani oleh suaminya juga akan diiringi oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri Dr Maliki Osman, Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan merangkap Menteri Negara Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Low Yen Ling, Anggota Parlimen (AP) Murali Pillai, Xie Yao Quan dan Yeo Wan Ling, serta para pegawai daripada Pejabat Presiden, MFA dan MTI.
"Semasa Presiden Halimah berada di luar negara, Encik Eddie Teo, pengerusi Majlis Penasihat Presiden, akan menggalas tugas dan fungsi Pejabat Presiden," menurut MFA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.