Skip to main content

Singapura

Presiden Halimah adakan lawatan ke Belanda esok, meterai beberapa perjanjian

Presiden Halimah Yacob akan melakukan lawatan negara lima hari ke negara Belanda mulai esok (20 Nov) atas undangan Raja William-Alexander.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 19 Nov 2018 06:29PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 04:06PM

SINGAPURA: Presiden Halimah Yacob akan melakukan lawatan negara lima hari ke negara Belanda mulai esok (20 Nov) atas undangan Raja William-Alexander.

Ini kali pertama seorang Ketua Negara Singapura melakukan lawatan ke negara Eropah itu.

Ia juga merupakan lawatan negara yang kedua dilakukan Presiden Halimah sejak menyandang jawatan tersebut.

Beberapa perjanjian dijangka dimeterai antara Singapura dengan Belanda semasa lawatan itu termasuk kerjasama dalam bidang sekitaran dan air, keselamatan kastam serta hubungan niaga.

Presiden Halimah akan diberi sambutan beristiadat oleh Raja Willem-Alexander dan kerabat diraja di Dataran Dam, di mana beliau juga akan meletakkan karangan bunga di tugu peringatan perang.

Raja dan Ratu Belanda kemudian akan mengadakan Jamuan Malam Negara untuk Presiden Halimah.

Semasa lawatannya, Presiden Haliman akan menemui dan bertukar-tukar pandangan dengan para pemimpin Belanda termasuk Perdana Menteri Mark Rutte serta Menteri Perdagangan Luar dan Kerjasama Pembangunan, Sigrid Kaag.

Soal pengurusan air dan teknologi bijak dijangka menjadi topik utama perbincangan mereka.

Belanda merupakan anggota Kesatuan Eropah yang mempunyai pelaburan terbesar di Singapura, berjumlah lebih $100 bilion.

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita