Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dijadual lawat S'pura pada Sep

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr dijadual lawat S'pura pada Sep

Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr. (Gambar: Ezra Acayan / POOL / AFP)

SINGAPURA: Presiden Filipina Ferdinand Marcos Jr akan melakukan lawatan negara dua hari ke Singapura dari 6 September.

Demikian menurut Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) pada Jumaat (19 Ogos).

Beliau melakukan lawatan itu atas undangan Presiden Halimah Yacob, kata seorang jurucakap MFA sebagai menjawab pertanyaan media.

"Kami alu-alukan lawatan Presiden Marcos ke Singapura," tambah jurucakap tersebut.

Encik Marcos, yang juga dikenali dengan nama panggilan "Bongbong", memenangi pilihan raya presiden pada Mei lalu dan mengambil alih jawatan daripada Encik Rodrigo Duterte pada 30 Jun.

Dalam surat Presiden Halimah bertarikh 14 Mei kepada rakan sejawatannya semasa memenangi pilihan raya presiden itu, Puan Halimah mengundang Encik Marcos untuk melawat Singapura.

"Singapura dan Filipina berkongsi hubungan mesra yang lama terjalin, didukung oleh kerjasama ekonomi yang kukuh dan hubungan teguh antara rakyat," kata Puan Halimah dalam surat bertarikh 14 Mei itu.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan