Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Presiden Emeritus RRG Ustaz Ali Hj Mohamed meninggal dunia pada usia 75 tahun

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Presiden Emeritus Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG) Ustaz Ali Hj Mohamed meninggal dunia hari ini (17 Mac).

Berita itu disahkan oleh anak keduanya, Ustaz Dr Mohamed Ali, yang merupakan Pengerusi Bersama RRG kepada BERITAmediacorp.

Menurut Dr Mohamed, sekitar pukul 9.00 pagi tadi bapanya sudah tidak bergerak dan tidak bernafas apabila cuba dikejutkan.

Anggota keluarga yang berada di rumah ketika itu segera menghubungi ambulans dan Allahyarham dikejarkan ke Hospital Besar Sengkang dan disahkan meninggal dunia pada pukul 11.30 pagi.

Dr Mohamed memberitahu BERITAmediacorp, bapanya meninggal dunia disebabkan kegagalan jantung.

Beliau menambah, jenazah Ustaz Ali Hj Mohamed yang berusia 75 tahun itu kini masih berada di hospital dan akan dibawa pulang.

Jenazah akan disolatkan di Masjid Khadijah selepas solat Asar sebelum dikebumikan.

TOKOH KOMITED DALAM PEMULIHAN KEAGAMAAN

Ustaz Ali merupakan antara tampuk kepimpinan awal yang mengasaskan dan menerajui RRG dan komited dalam pemulihan keagamaan.

Ustaz Ali melepaskan jawatannya sebagai pengerusi bersama RRG pada September 2022 dan terus berkhidmat sebagai Presiden Emeritus RRG.

Allahyarham juga pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Anggota Jawatankuasa Fatwa MUIS dan bekas anggota majlis MUIS.

Allahyarham juga seorang tokoh yang dihormati dalam kalangan masyarakat Islam setempat dan amat sinonim dengan Masjid Khadijah, menerusi khidmat beliau sebagai pengerusi dari 1993 hingga 2022.

Jasa dan bakti Ustaz Ali diiktiraf negara dan beliau dianugerahi Pingat Bakti Masyarakat (2001), Bintang Bakti Masyarakat (2008) dan Pingat Jasa Gemilang (2018).

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan