Presiden baharu LawSoc, Dinesh Singh Dhillon undur diri susuli kebimbangan berhubung pelantikannya
Presiden baharu Persatuan Peguam Singapura (LawSoc) Dinesh Singh Dhillon, tidak akan mengambil alih peranan tersebut susulan satu mesyuarat dengan para anggotanya pada Rabu (17 Dis), di tengah-tengah kebimbangan berhubung pemilihannya dan soal kebebasan Badan Guaman.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden baharu Persatuan Peguam Singapura (LawSoc) Dinesh Singh Dhillon, tidak akan mengambil alih peranan tersebut susulan satu mesyuarat dengan para anggotanya pada Rabu (17 Dis), di tengah-tengah kebimbangan berhubung pemilihannya dan soal kebebasan Badan Guaman.
Profesor Tan Cheng Han, yang merupakan perunding kanan di Wong Partnership, akan dilantik semula sebagai presiden LawSoc pada tahun depan, menurut satu dokumen resolusi persetujuan daripada mesyuarat pada Rabu yang diedarkan secara online.
Encik Dhillon, ketua bersama amalan timbang tara antarabangsa di Allen and Gledhill, akan disahkan sebagai naib presiden.
Encik Dhillon dipilih oleh majoriti 21 anggota majlis LawSoc pada November sebagai presiden ke-30 badan profesional peguam itu, dan dijadual mengambil alih jawatan tersebut pada 2026.
Namun, sekumpulan peguam menggesa satu mesyuarat agung luar biasa diadakan pada 22 Disember untuk membincangkan isu pemilihan seorang anggota bukan pilihan majlis LawSoc sebagai presidennya.
Mereka pada mulanya mencadangkan satu resolusi di mana majlis sewajarnya memilih seorang presiden yang dipilih ke dalam majlis oleh para para anggota LawSoc.
Dalam dokumen itu, Encik Dhillon bersetuju untuk berundur sebagai Presiden LawSoc pada 2026 “demi mempertahankan perpaduan” Badan Guaman dan “kebimbangannya yang sah”.
Tiada isu berhubung kebebasan atau kecekapan Encik Dhillon sebagai presiden LawSoc, dan beliau bertanding untuk jawatan berkenaan “dengan niat baik dan atas kehendaknya sendiri” dalam usaha untuk menyumbang kepada Badan Guaman, menurut dokumen tersebut.
Dokumen itu juga mengakui bahawa Encik Dhillon dipilih sebagai presiden oleh majlis LawSoc selaras dengan prosedur dan undang-undang yang ditetapkan.
Menurut dokumen itu, majlis juga akan mengedarkan cadangan kriteria kelayakan bagi jawatan pemegang amanah dalam tempoh dua bulan selepas memegang jawatan kepada semua anggota LawSoc.
Mereka akan mempunyai masa sekurang-kurangnya enam minggu untuk meneliti dan memberikan maklum balas mengenai cadangan tersebut, yang akan merangkumi keperluan tempoh perkhidmatan minimum di majlis untuk pemegang jawatan.
Kriteria akhir akan dibentangkan untuk mendapatkan kelulusan pada mesyuarat agung tahunan pada 2026.
Selain Encik Dhillon dan Prof Tan, mesyuarat itu turut dihadiri beberapa peguam yang memohon untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa, iaitu Encik Peter Cuthbert Loh, Encik Chandra Mohan K Nair, Encik Sunil Sudheesan dan Cik Luo Ling Ling.
Encik Low dan Encik Chandra Mohan masing-masing pernah menjadi presiden LawSoc.
Keputusan terkini itu menyusul selepas sesi minum petang LawSoc pada 10 Disember, apabila Encik Dhillon mendedahkan bahawa beliau berjanji untuk tidak bertanding bagi jawatan presiden majlis 2027 melainkan beliau menyertai pemilihan majlis yang dijadual diadakan sekitar Oktober 2026.
Encik Dhillon merupakan presiden dipilih pertama yang dilantik secara berkanun oleh Menteri Undang-Undang, menurut pengesahan LawSoc kepada Mediacorp sebelum ini.
Beliau merupakan antara beberapa anggota berkanun yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang.
Ini bermakna beliau tidak dipilih ke dalam majlis 2025 oleh sekitar 6,400 anggota LawSoc.
Di bawah Akta Profesion Undang-Undang, majlis terdiri daripada anggota yang dipilih dan anggota berkanun.
Majlis 2026 terdiri daripada 21 peguam, termasuk empat pemegang amanah: presiden, dua naib presiden dan bendahari.
Daripada jumlah itu, 15 dipilih oleh anggota LawSoc, manakala selebihnya merupakan anggota berkanun dan boleh merangkumi mantan presiden, serta sehingga tiga anggota yang dilantik oleh Menteri Undang-Undang, dan sehingga tiga lagi yang dilantik oleh majlis.
Seorang presiden, dua naib presiden dan bendahari kemudiannya mesti dipilih daripada kalangan mereka.
LawSoc memaklumkan ini bukan kali pertama seorang anggota lantikan menteri memegang jawatan sebagai pemegang amanah.
Ada yang pernah berkhidmat sebagai naib presiden atau bendahari sebelum ini.
Apabila ditanya mengenai mesyuarat itu, Encik Dhillon berkata dalam responsnya kepada Mediacorp bahawa beliau akan memberikan pandangannya “pada masa yang sesuai”.
Mediacorp juga sudah menghubungi LawSoc, Encik Low dan Encik Chandra Mohan untuk mendapatkan komen mereka mengenai perkembangan terkini itu.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.