Pres Tharman menang anugerah MIT atas kepimpinan kewangan global, beri amaran berhubung paras hutang tinggi dalam kalangan ekonomi maju
Presiden Tharman Shanmugaratnam dianugerahkan Hadiah Miriam Pozen yang berprestij sebagai mengiktiraf peranan kepimpinannya dalam dasar kewangan antarabangsa.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Presiden Tharman Shanmugaratnam dianugerahkan Hadiah Miriam Pozen yang berprestij sebagai mengiktiraf peranan kepimpinannya dalam dasar kewangan antarabangsa.
Hadiah tersebut, yang dianugerahkan oleh Pusat Kewangan dan Dasar Golub (GCFP) di Institut Teknologi Massachusetts (MIT), diberikan setiap dua tahun.
Ia dinamakan sempena mendiang ibu kepada seorang pensyarah kanan di Sekolah Pengurusan Sloan MIT. Anugerah yang sama sebelum ini diberikan kepada ahli ekonomi Amerika dan Israel, mendiang Stanley Fischer pada 2021, serta mantan perdana menteri Itali Mario Draghi pada 2023.
Sebelum menjadi presiden Singapura pada 2023, Presiden Tharman merupakan pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) selama 12 tahun. Sebelum menceburi arena politik pada 2001, beliau merupakan pengarah urusan MAS.
Di peringkat antarabangsa, beliau kini mempengerusikan lembaga Kumpulan 30, sebuah majlis global bebas yang menghimpunkan para pemimpin ekonomi dan kewangan daripada sektor awam dan swasta. Beliau juga merupakan pengerusi bersama Majlis Penasihat Peringkat Tinggi mengenai Pekerjaan, yang ditubuhkan oleh Kumpulan Bank Dunia pada 2024.
Presiden Tharman akan menerima hadiah bernilai US$200,000 (S$259,000), dan satu biasiswa atas namanya juga akan dianugerahkan kepada seorang pelajar Sarjana Pentadbiran Perniagaan MIT Sloan yang akan dipilih pada 2026. Pejabat Presiden memaklumkan bahawa Presiden Tharman akan menyumbangkan wang hadiah tersebut kepada badan amal.
Semasa menyampaikan ceramah di majlis anugerah MIT Sloan pada Selasa (9 Dis), Presiden Tharman memberi amaran tentang “risiko sistemik” sedang beberapa ekonomi maju mengumpul “hutang yang semakin meningkat kerana pasaran memberi mereka ruang untuk berbuat demikian”.
Beliau berkata keadaan itu boleh membawa kepada “risiko sistemik”, iaitu “risiko ketidakstabilan kewangan global, kerana kita tahu keadaan ini tidak boleh berlarutan selama-lamanya,” tambahnya. Presiden Tharman menegaskan bahawa syarikat-syarikat swasta yang memberi pinjaman kepada pemerintah juga selalunya menanggung hutang yang besar.
“Tiada siapa yang tahu dengan tepat di mana hadnya, tetapi jelas bahawa hutang tidak boleh terus bertambah selama-lamanya tanpa mencetuskan risiko besar menggugat kestabilan kewangan,” kata beliau.
Walaupun keadaan itu mungkin tidak berakhir dengan kehilangan keyakinan "secara mendadak” terhadap sistem tersebut, adalah “munasabah untuk mengandaikan” bahawa kenaikan hutang yang berterusan sebagai peratusan Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) akan menyebabkan penghakisan pertumbuhan jangka panjang serta kehilangan kepercayaan secara beransur-ansur terhadap mata wang rizab. Meskipun ia tidak mencetuskan krisis besar, keadaan itu tetap mengancam kestabilan kewangan global, tambah Presiden Tharman.
Kata beliau, cabaran terbesar masih belum tiba, sambil merujuk kepada kos berkaitan masyarakat menua dan perubahan iklim, serta perbelanjaan pertahanan yang meningkat dalam kalangan ekonomi maju akibat perpecahan geopolitik dan konflik yang meningkat.
Beliau menambah bahawa situasi yang paling hampir dengan keadaan masa kini ialah tempoh selepas Perang Dunia II, ketika kebanyakan negara maju, kecuali Amerika Syarikat, bermula dengan nisbah hutang-GDP yang sangat tinggi. Namun, penyelesaian yang digunakan ketika itu tidak lagi berdaya maju hari ini.
Kata Presiden Tharman, tidak ada penyelesaian realistik untuk mengembalikan hutang pemerintah kepada landasan yang mampan tanpa melakukan pelarasan terhadap cukai dan perbelanjaan. Beliau turut menegaskan bahawa kedua-duanya “besar kemungkinan” akan berlaku.
“Ini tidak sepatutnya menjadi sekadar seruan agar pemerintah mengetatkan pengurusan kewangan negara. Cabarannya adalah untuk melaksanakan pelarasan ini sambil merombak semula dasar fiskal pada peringkat asas: supaya orang ramai boleh melihat bahawa pelarasan itu diagihkan secara adil merentasi masyarakat, melihat nilai dalam perbelanjaan pemerintah yang disokong cukai mereka, dan supaya pelarasan itu tidak menjejaskan pertumbuhan secara kekal,” kata Presiden Tharman.
“Kerana, pengurangan pertumbuhan yang berpanjangan akan menjadikan sebarang bentuk perpaduan sosial sangat sukar untuk dicapai.”
MEROMBAK DASAR FISKAL
Presiden Tharman menekankan tiga “penyelarasan semula” yang diperlukan dalam proses rombakan dasar fiskal, yang menurutnya boleh menjadikannya lebih mampan sambil memenuhi keperluan golongan miskin dan kelas pertengahan.
Perbelanjaan mesti ditumpukan semula kepada barangan awam, bukan hanya manfaat individu, termasuk pendidikan awam, sistem kesihatan awam dan pengangkutan awam, kata beliau.
Presiden Tharman berkata ini penting kerana golongan miskin dan berpendapatan sederhana merupakan yang paling banyak mendapat manfaat daripada perkhidmatan dan sistem awam yang bermutu tinggi. Pendekatan itu juga bersifat progresif dan tidak hanya bergantung pada pemindahan tunai secara langsung kepada individu.
Kajian turut menunjukkan bahawa langkah sedemikian meningkatkan interaksi rentas kumpulan dari segi pendapatan dan kumpulan etnik, yang seterusnya menggalakkan mobiliti sosial, kata Presiden Tharman. “Beginilah cara kita mewujudkan rasa kebersamaan, cara kita mencipta ikatan sosial dalam kalangan masyarakat yang datang daripada latar belakang yang sangat berbeza.”
Tumpuan juga perlu dialihkan daripada pemindahan tunai yang bertujuan “menangani ketidaksamaan semata-mata”, kepada skim awam dan perkongsian risiko yang mengurangkan ketidaktentuan ekonomi, atau apa yang dianggap kebimbangan utama dalam kehidupan golongan miskin dan kelas pertengahan, tambah beliau.
Presiden Tharman berkata tinjauan menunjukkan orang ramai lebih bimbang tentang ketidaktentuan dalam kehidupan mereka - pekerjaan, perumahan, masalah kesihatan besar, simpanan persaraan - berbanding isu ketidaksamaan itu sendiri.
Membantu masyarakat menangani ketidaktentuan tersebut adalah “teras” sebuah visi sosial demokratik yang asal, katanya, sambil menambah bahawa tujuan asal itu perlu dikemas kini.
Memberi tumpuan kepada ketidaktentuan ekonomi, bukan hanya ketidaksamaan, juga merupakan agenda progresif kerana golongan yang mendapat manfaat terbesar daripada pengurangan ketidaktentuan tersebut lazimnya terdiri daripada mereka yang lebih miskin, katanya lagi.
“Merekalah yang pekerjaannya paling tidak stabil. Merekalah yang, jika tersilap langkah, boleh terus kehilangan peluang.”
Penyelarasan ketiga adalah dengan mengurangkan tumpuan berat pada pengurusan kitaran perniagaan biasa dan memberi perhatian kepada pemeliharaan ruang fiskal bagi menangani krisis-krisis besar, kata Presiden Tharman.
Dalam tempoh dua dekad lalu, dunia berdepan satu krisis kewangan global utama, dua pandemik dan beberapa peperangan, katanya, sambil menambah bahawa akan ada lagi perkara sedemikian pada masa depan.
Berita ekonomi “pada mana-mana hari” cenderung menumpukan perhatian kepada perubahan kecil terkini dalam GDP, inflasi atau pengangguran, mencerminkan bagaimana perbendaharaan, kementerian kewangan dan bank pusat memberi tumpuan kepada usaha “melancarkan kitaran ekonomi”, kata Presiden Tharman.
“Tetapi terdapat ketidakseimbangan yang semakin ketara. Mereka sedaya upaya cuba mencegah kemelesetan dengan melaksanakan dasar makroekonomi yang merangsangkan. Namun, apabila keadaan pulih, mereka tidak mengambil langkah penyatuan dasar yang sepatutnya,” tambah beliau.
“Jadi apa yang semakin kita lihat ialah defisit belanjawan yang besar dan berpanjangan, serta kelonggaran dasar kewangan yang berlarutan, yang menyediakan ruang terhad untuk menangani krisis besar apabila ia berlaku.”
Keadaan itu juga meninggalkan ruang yang sangat kecil untuk menangani cabaran jangka panjang, termasuk perubahan iklim, kata Presiden Tharman.
“Ini adalah risiko kolektif yang perlu ditangani secara global. Ia memerlukan sumber fiskal daripada semua negara, dengan negara-negara kaya menyumbang secara adil,” tambah beliau.
Pengarah bersama GCFP MIT dan Profesor Sekolah Pengurusan, Robert C. Merton, berkata Presiden Tharman menggabungkan “kepakaran luar biasa dengan sikap empati yang mendalam”.
“Beliau telah berkhidmat dalam pelbagai jawatan kanan pemerintah sebagai seorang pemimpin luar biasa yang berpengaruh di peringkat global,” kata Prof Merton dalam kenyataan akhbar apabila anugerah itu diumumkan bulan lalu.
“Sebagai presiden Singapura, beliau bukan sahaja memegang jawatan itu, tetapi membawa bersama kepercayaan yang terbina daripada khidmat selama puluhan tahun dan cakna yang jelas terhadap ekonomi serta rakyatnya. Perjalanan beliau menunjukkan bahawa kepimpinan boleh merangkumi visi berstruktur dan hubungan kemanusiaan.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.