Premium tinggi COE dan kesannya terhadap penghantar guna motosikal
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Bagi Encik Johnny Tan, 50, motosikalnya bukan sekadar satu mod pengangkutan. Ia memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupannya.
Bermula dari saat beliau menghidupkan enjin, tanpa mengira hujan mahupun panas terik, beliau terus menunggang motosikalnya bagi memenuhi pesanan penghantaran, khidmat yang beliau tawarkan sejak dua tahun lalu.
Lantaran itu, beliau tidak mempunyai banyak pilihan selepas Sijil Hak Memilik Kenderaan (COE) motosikalnya, tamat tempoh bulan lalu. Beliau kemudian membeli motosikal baru pada sekitar S$20,000, termasuk COE baru bernilai S$11,100.
Premium yang dibayarnya itu sekitar 14 peratus lebih murah berbanding harga terbaru COE minggu lalu, apabila premium motosikal mencapai paras rekod S$12,801 pada 19 Okt.
Lonjakan premium COE motosikal berlaku selepas peniaga motosikal menjangkakan satu lagi kenaikan harga apabila bekalan kuota COE dikurangkan bulan depan, kata sebilangan sumber industri kepada Mediacorp minggu lalu.
Bagi tempoh November hingga Januari, bekalan COE bagi semua jenis kenderaan, termasuk motosikal, akan dikurangkan sebanyak 13.7 peratus.
Bagi menangani isu itu, penjual sering membeli dahulu COE bagi motosikal dan menjualnya bersama motosikal sebagai satu pakej. Ini berbeza daripada kereta kerana penjual motosikal biasanya membuat bidaan bagi COE sebelum mendapatkan pembeli.
"Apa pilihan yang saya ada? Kami pekerja penghantaran dan perlukan motosikal untuk buat tugasan," kata Encik Tan. "Saya tidak mempunyai pendidikan tinggi. Jadi sukar untuk dapatkan pekerjaan yang memberi pendapatan sebaik ini."
COE '5 KALI GANDA' GAJI BULANAN
Pada Isnin, tujuh penghantar makanan yang dihubungi Mediacorp mengeluh apabila ditanya tentang premium COE motosikal yang mencapai paras rekod.
Sebilangan mereka berkata kenaikan COE itu berlaku pada masa tidak sesuai kerana mereka juga berdepan dengan pendapatan lebih rendah sejak sekatan COVID-19 ditarik balik, yang menyaksikan lebih ramai pekerja kembali ke tempat kerja.
Penghantar makanan Encik Roy Hudson menyifatkan sebagai "tidak adil" kemungkinan beliau terpaksa bayar premium yang tinggi apabila COE motosikalnya tamat tempoh tahun depan.
"Bukannya kami membawa motosikal mewah," kata lelaki 56 tahun itu, sambil merujuk kepada premium COE motosikal pada 19 Okt sebanyak S$12,801 yang lebih kali ganda purata gaji bulanannya.
Encik Hudson berkata beliau masih memikirkan sama ada mahu memperbaharui COE pada tahun depan, atau mungkin meninggalkan industri itu bagi kerjaya dalam bidang keselamatan pula.
Bagi Encik Zulkifli Yusof pula, beliau berkata beliau mungkin mencari kerja baru sekiranya perlu membayar lebih S$12,000 untuk memperbaharui COE beliau dalam masa dua bulan lagi.
Dengan gaji purata sebanyak S$100 sehari, Encik Zulkifli yang berusia 32 tahun berasa tidak berbaloi untuk membayar harga COE tersebut kerana beliau masih perlu menanggung kos lain seperti minyak, perbelanjaan harian dan kos membaiki motosikal di bengkel.
Beliau juga menimbangkan kemungkinan menggunakan basikal unutk membuat penghantaran makanan.
Beliau melahirkan harapan agar pihak berkuasa dapat mencari jalan untuk menurunkan premium motosikal.
"Mungkin boleh juga adakan kategori berbeza bagi COE berdasarkan kapasiti motosikal, seperti juga kereta," cadang Encik Zulkifli, yang menunggang skuter berenjin 155cc.
Cadangan sedemikian pernah dibangkitkan di Parlimen sebelum ini, tetapi beberapa pakar pengangkutan menegaskan ia tidak mungkin berkesan memandangkan kebanyakan motosikal di Singapura bukan jenis motosikal mewah.
Oleh itu, mempunyai jenis COE yang berbeza untuk motosikal berdasarkan kapasiti enjin dan kuasanya, seperti kereta, mungkin tidak memberi banyak perbezaan.

Sumber : Today/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.