Skip to main content

Singapura

Premium, pembayaran CareShield Hayat naik mulai 2026

Rakyat Singapura dalam skim insurans nasional bagi golongan kurang upaya, CareShield Hayat akan membayar premium lebih tinggi dan menerima pembayaran lebih tinggi mulai 2026.

Anggaran Waktu Membaca:
Premium, pembayaran CareShield Hayat naik mulai 2026

Seorang individu memegang tangan pesakit warga emas yang sedang baring di atas katil hospital. (Gambar fail: iStock)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 27 Aug 2025 03:10PM
SINGAPURA: Rakyat Singapura dalam skim insurans nasional bagi golongan kurang upaya, CareShield Hayat akan membayar premium lebih tinggi dan menerima pembayaran lebih tinggi mulai 2026.

Mulai 2026 hingga 2030, mereka mendaftar dalam skim itu akan menyaksikan bayaran premium meningkat sebanyak purata S$38 dan sehingga S$75 dalam setahun, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (27 Ogos).

Kadar pertumbuhan tahunan bagi bayaran CareShield Hayat akan digandakan daripada dua peratus kepada empat peratus, dengan kriteria kelayakan yang sama bagi tuntutan.

Dengan kadar pertumbuhan baharu itu, para pemegang polis yang membuat tuntutan pada 2030 akan menerima S$806 setiap bulan, berbanding S$731 setiap bulan yang diterima sekarang jika kadar pertumbuhan tahunan kekal pada dua peratus.

Dilancarkan pada 2020, CareShield Hayat adalah sebuah skim insurans jagaan jangka panjang nasional bagi menyediakan bantuan kewangan kepada individu yang mengalami kehilangan upaya yang teruk.

Ia menggantikan skim ElderShield.

Skim itu diwajibkan bagi mereka yang berusia pada 1980 atau selepas itu, dan kohort-kohort lebih berumur diberi pilihan untuk mendaftarkan diri bagi skim tersebut.

Para pemegang polisi yang mengalami kehilangan upaya yang teruk - ditakrifkan sebagai ketidakupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga daripada enam aktiviti harian seperti mencuci, makan atau memakai pakaian - menerima bayaran wang tunai setiap bulan.

JUMLAH TUNTUTAN DIJANGKA NAIK LAMA KELAMAAN

Pada awal tahun ini, Menteri Kedua Kesihatan Masagos Zulkifli mengumumkan skim itu akan menjalani semakan pertama bagi memastikan ia kekal berkesan.

Pada Rabu, MOH mengumumkan pemerintah menerima saranan daripada semakan itu, termasuk usulan untuk menggandakan kadar pertumbuhan pembayaran dari dua peratus kepada empat peratus.

"Ini akan membantu pembayaran lebih selaras dengan kos jagaan jangka panjang, memberikan rakyat Singapura lebih jaminan bagi keperluan jagaan jangka panjang," kata Cik Jeanette Wong yang mempengerusi Majlis CareShield Hayat yang menjalankan semakan itu.

Setakat 2024, terdapat 1,821 tuntutan aktif di bawah skim itu, dengan lebih S$26 juta pembayaran dibuat.

Mereka yang membuat tuntutan berusia antara 30 dengan 93 tahun, dan umur median adalah 52 tahun.

Ini menunjukkan kira-kira separuh daripada penuntut di bawah CareShield Life berada dalam lingkungan usia 30an dan 40an tahun, menurut kementerian itu.

Setakat Disember 2024, sebanyak S$2.8 bilion premium CareShield Life terkumpul, termasuk kira-kira S$800 juta sokongan premium pemerintah, menurut MOH dalam jawapan kepada pertanyaan media.

"Dalam jangka masa yang lebih lama, apabila golongan pemegang polisi semakin meningkat usia, kami menjangkakan lebih banyak penuntut selepas sekian waktu," menurut MOH sambil menarik perhatian bahawa keseluruhan jumlah tuntutan yang dibayar di bawah ElderShield dan CareShield Hayat sejak 2020 sudah mencecah S$100 juta.

"Nisbah pembayaran lebih rendah juga dijangkakan mereka kebanyakan premium terkumpul bertujuan membantu skim itu memenuhi kewajiban pembayaran di masa depan apabila kebanyakan pemegang polis sudah meningkat dan lebih cenderung akan mengambil balik wang mereka. Ini selaras dengan reka bentuk CareShied sebagai sebuah skim pra dibiayai."

Apabila skim itu diperkenalkan pada 2020, pembayaran bermula pada S$600 setiap bulan dan meningkat sebanyak dua peratus setiap tahun. Mereka yang membuat pembayaran mulai 2025 akan mernima S$662 setiap bulan.

PREMIUM LEBIH TINGGI DENGAN SOKONGAN PERALIHAN

Premium perlu dinaikkan bagi mengekalkan pembayaran lebih tinggi, menurut MOH.

Premium akan dinaikkan sekali pada 2016, dan ia akan bertumbuh sebanyak empat peratus pada tahun depan menurut MOH, sambil menarik perhatian premium CareShield Life hanya boleh dikumpul semasa tempoh terhad manakala pembayaran skim adalah untuk jangka panjang.

Selain premium subsidi sedia ada, Pemerintah akan menokok sokongan tambahan sebanyak S$570 juta.

Daripada jumlah itu, S$440 juta akan digunakan untuk menyederhanakan kenaikan premium bagi semua pemegang polisi yang terjejas, menurut MOH dalam satu kenyatan media pada Rabu.

Baki S$130 juta akan digunakan untuk menghulurkan lebih sokongan kepada pemegang polisi yang berpendapatan rendah atau sederhana.

Tanpa langkah-langkah sokongan itu, premium tahunan mungkin naik sebanyak S$126 secara purata pada 2016, dan tumbuh empat peratus selepas ini, dan bukan mencatatkan kenaikan purata yang dijangkakan sebanyak S$38 bagi setiap tahun.
Sumber : CNA/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita