Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE kesemua kategori ditutup lebih rendah

Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru yang dikeluarkan hari ini (19 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE kesemua kategori ditutup lebih rendah

Gambar: TODAY

Diterbitkan : 21 Aug 2019 05:00PM Dikemas Kini : 21 Aug 2019 05:04PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam bidaan terbaru yang dikeluarkan hari ini (19 Jun).

Bagi Kategori A, untuk kereta-kereta sehingga 1,600 cc dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, harga COE ditutup pada harga sekitar S$31,900 - merosot daripada kira-kira S$32,700 dalam bidaan sebelumnya.

Premium bagi kereta-kereta lebih besar dengan kuasa lagi tinggi dalam Kategori B jatuh kepada hampir S$38,600 daripada sekitar S$40,000.

Harga COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, turun kepada sekitar S$26,500 berbanding S$27,800 dalam bidaan sebelumnya.

Premium COE motosikal pula turun hampir S$100 kepada S$4,301.

COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan oleh mana-mana jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, ia jatuh kepada S$$40,002 berbanding lebih S$40,500 dalam bidaan sebelum ini.

Sekitar 5,190 bidaan diterima, dengan kira-kira 3,500 kuota COE diperuntukkan.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan