Premium COE kebanyakannya naik; Kategori B cecah paras tertinggi 6 bulan
Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (20 Mei), kecuali bagi Kategori A yang turun buat kali pertama selepas naik sebanyak enam kali berturut-turut.
Kenderaan di sebuah lebuh raya di Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
Premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa di bawah Kategori B naik 2.59 peratus kepada S$129,501 daripada S$126,236, sekali gus mencatat paras tertinggi dalam tempoh enam bulan.
Kali terakhir premium itu melepasi paras S$129,000 adalah pada November tahun lalu, apabila Kategori B ditutup pada S$129,890.
Bagi kereta Kategori A, atau yang mempunyai kapasiti enjin 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium turun 0.45 peratus kepada S$124,229, berbanding S$124,790 dalam bidaan sebelumnya.
COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan barangan dan bas, meningkat 5.42 peratus kepada S$92,223 daripada S$87,479 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal ditutup pada S$9,689, naik 2.51 peratus daripada S$9,452 dalam bidaan sebelumnya.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, ditutup pada S$130,000, meningkat 1.8 peratus daripada S$127,700.
Sebanyak 5,244 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,180 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.