Premium COE kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam bidaan terkini
Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam latihan bidaan terkini pada Rabu (18 Nov).
Kenderaan dilihat di sebuah jalan raya di Singapura. (Gambar fail: CNA/Syamil Sapari)
- In Singapore’s COE bidding exercise on Wednesday, Nov 18, premiums for most vehicle categories fell; the year was not specified.
- Category A car premiums fell 6.4 per cent to S$130,100, while Category B premiums fell 5.1 per cent to S$125,600.
- Premiums for commercial vehicles fell 0.2 per cent to S$91,790 and motorcycle premiums fell 1.9 per cent to S$10,489, while the Open Category premium rose by S$2 to S$136,000.
- There were 4,135 bids for 3,230 COEs allocated, indicating that the number of bids exceeded the available quota.
- Dalam latihan bidaan COE di Singapura pada Rabu, 18 November, premium bagi kebanyakan kategori kenderaan menurun; tahun tidak dinyatakan.
- Premium kereta Kategori A jatuh 6.4 peratus kepada S$130,100, manakala Kategori B turun 5.1 peratus kepada S$125,600.
- Kenderaan komersial mencatat penurunan 0.2 peratus kepada S$91,790 dan motosikal turun 1.9 peratus kepada S$10,489, sementara Kategori Terbuka meningkat S$2 kepada S$136,000.
- Daripada 3,230 COE yang diperuntukkan, 4,135 bidaan diterima, menunjukkan jumlah bidaan melebihi kuota yang tersedia.
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih rendah dalam latihan bidaan terkini pada Rabu (18 Nov).
Bagi kereta Kategori A, iaitu kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc ke bawah dan kuasa enjin tidak melebihi 130bhp, premium COE turun 6.4 peratus kepada S$130,100, berbanding paras rekod S$139,001 dalam latihan bidaan sebelumnya.
Premium COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B turun 5.1 peratus kepada S$125,600, berbanding S$132,334 sebelum ini.
Premium COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan barangan dan bas, turun 0.2 peratus kepada S$91,790, berbanding S$92,000 dalam latihan bidaan sebelumnya.
Premium COE motosikal pula turun 1.9 peratus kepada S$10,489, berbanding S$10,689 sebelum ini.
Premium COE Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan bagi kereta besar, meningkat sedikit sebanyak S$2 kepada S$136,000, berbanding S$135,998 sebelum ini.
Sebanyak 4,135 bidaan diterima bagi kuota 3,230 COE yang diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.