Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE kebanyakan ditutup lebih tinggi; kategori terbuka merosot

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE kebanyakan ditutup lebih tinggi; kategori terbuka merosot

Gambar fail: Gaya Chandramohan

SINGAPURA: Premium Kuota Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi Kategori A dan B ditutup lebih tinggi dalam latihan bidaan terkini pada Rabu (7 Jun) setelah ia menjunam pada Mei di bawah kuota yang dinaikkan bagi kereta dalam dua kategori tersebut.

Bagi kereta dalam Kategori A, iaitu untuk kereta lebih kecil, bidaan ditutup pada S$98,001, melonjak daripada S$92,000 yang dicatatkan dalam bidaan lalu.

Premium bagi kereta lebih besar dan berkuasa lebih tinggi dalam Kategori B naik kepada S$120,702 daripada S$113,034.

COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, turun kepada S$120,889 daripada S$125,000.

COE bagi Kategori Komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$81,801 daripada S$77,501 dalam bidaan sebelumnya.

Premium motosikal ditutup pada S$11,001, meningkat daripada S$10,602 dalam bidaan lalu. Ini setelah harga menjunam pada 4 Mei, menyusuli langkah baru yang diperkenalkan, di mana pembida dikehendaki meletakkan deposit bidaan lebih tinggi dan mengurangkan tempoh sah bagi COE sementara motosikal.

Secara keseluruhannya, 3,003 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 1,782 diperuntukkan.

Pada Mei, diumumkan bahawa kuota COE bagi kereta dalam kategori A dan B akan naik dalam beberapa suku seterusnya sedang Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) melakukan penyesuaian bagi mengurangkan turun naik bekalan.

Bagi suku sedia ada dari Mei hingga Julai, bekalan COE akan meningkat sebanyak 24 peratus bagi Kategori A. Manakala, kategori B akan menyaksikan kenaikan 15 peratus.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan