Skip to main content

Singapura

Premium COE ditutup lebih rendah kecuali bagi motosikal, kategori Terbuka

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE ditutup lebih rendah kecuali bagi motosikal, kategori Terbuka

Gambar: CNA/Jeremy Long

Diterbitkan : 19 Jul 2023 05:08PM Dikemas Kini : 19 Jul 2023 05:09PM
SINGAPURA: Premium bagi Sijil Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Rabu (19 Jul).

Harga COE bagi kereta hingga 1,600cc dan dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp ditutup pada S$95,202, turun daripada S$97,000 sebelum ini.

Premium bagi kereta melebihi 1,600cc atau 130bhp dalam Kategori B pula jatuh sebanyak sedolar, daripada S$118,002 kepada S$118,001.

Harga COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, susut kepada S$82,001 daripada S$82,223..

Premium motosikal pula ditutup pada S$10,501, naik S$411 berbanding S$10,090 dalam bidaan sebelumnya.

Premium bagi COE Terbuka, yang boleh digunakan untuk apa jua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan bagi kereta lebih besar, turut naik kepada S$122,110 daripada S$121,000.

Secara keseluruhannya, 2,546 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 1,792 diperuntukkan.
Sumber : CNA/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita