Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE ditutup lebih rendah dalam semua kategori; Kategori B merosot ketara

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Harga Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup lebih rendah dalam semua kategori dalam bidaan terbaru hari ini (20 Apr).

Harga COE bagi Kategori A, atau kereta sehingga 1,600cc dan 130bhp, ditutup pada S$68,699, lebih rendah berbanding S$72,996 dalam bidaan lalu.

Sementara itu, premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa dalam Kategori B merosot kepada S$90,002 daripada S$98,389.

COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, jatuh kepada S$95,801 daripada S$99,999.

Premium motosikal ditutup pada S$9,801, jatuh daripada S$10,503 dalam bidaan lalu.

COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, jatuh kepada S$52,002 daripada S$54,901.

Secara keseluruhan, sebanyak 2,446 bidaan diterima dengan 1,756 COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan