Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE ditutup kebanyakannya lebih tinggi dalam bidaan terkini

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup kebanyakannya lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Khamis (19 Mei).

Bagi kereta dalam Kategori A, premiumnya ditutup pada harga S$68,001, turun berbanding S$70,901 dalam bidaan sebelum ini.

Kategori tersebut termasuk kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah, dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp. Ia juga termasuk kereta elektrik sepenuhnya dengan kuasa maksimum sehingga 110 kilowatt (kW) atau 147bhp.

Premium kereta lebih besar dan kuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$95,889 berbanding S$92,090 dalam bidaan lalu.

Kategori B terdiri daripada kereta-kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1,600cc atau dengan kuasa kuda yang melebihi 130bhp dan ia kini merangkumi kereta elektrik sepenuhnya dengan kuasa maksimum sehingga 110kW.

Bagi Kategori Terbuka yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, ia meningkat kepada S$95,901daripada S$91,112.

Premium motosikal ditutup pada harga S$9,490, naik S$1.

COE kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, turun kepada S$51,501 daripada S$50,890 dalam bidaan lalu.

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,956 bidaan diterima dengan sebanyak 2,056 COE diperuntukkan.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan