Premium COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru
Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Rabu (8 Mei).
Gambar fail.
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Rabu (8 Mei).
Bagi Kategori A, iaitu kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premiumnya ditutup pada harga S$36,704 naik daripada S$33,199 dalam bidaan sebelumnya.
Premium bagi kereta-kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B pula naik dari S$48,010 kepada S$48,000
COE bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, merosot kepada S$28,559 berbanding S$32,001 dalam bidaan lalu.
Premium motosikal pula ditutup pada harga S$3,352, merosot dari S$3,452 dalam bidaan lalu.
COE kategori terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, naik kepada S$52,502 dari S$52,410 sebelum ini
Sebanyak 5,625 bidaan diterima, dengan kuota 4,271 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.