Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Premium COE ditutup bercampur baur dalam bidaan terbaru

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 May 2022 06:53PM Dikemas Kini : 06 May 2022 11:14PM

SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terkini pada Jumaat (6 Mei).

Kejatuhan paling ketara adalah COE bagi kategori terbuka - yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar - dengan harganya turun dari S$95,801 kepada S$91,112.

Bagi kereta dalam Kategori A, premiumnya ditutup pada S$70,901, meningkat berbanding S$68,699 dalam bidaan sebelum ini.

Kategori tersebut termasuk kereta dengan kapasiti enjin 1,600cc dan ke bawah, dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp.

Bermula dengan bidaan terbaru pada Jumaat (6 Mei), Kategori A juga merangkumi kereta elektrik sepenuhnya dengan kuasa maksimum sehingga 110 kilowatt (kW), atau 147bhp.

Premium untuk kereta yang lebih besar dan kuasa lebih tinggi dalam Kategori B meningkat kepada S$92,090 daripada S$90,002.

Kategori B terdiri daripada kereta-kereta dengan kapasiti enjin melebihi 1,600cc atau dengan kuasa kuda yang melebihi 130bhp dan ia kini merangkumi kereta elektrik sepenuhnya dengan kuasa maksimum melebihi 110kW.

Sementara itu, premium motosikal ditutup pada harga S$9,489, turun daripada S$9,801 dalam bidaan lalu.

COE untuk kenderaan komersil,yang termasuk kenderaan muatan dan bas, turun kepada S$50,890 daripada S$52,002.

Secara keseluruhannya, sebanyak 2,743 bidaan diterima dengan 2,001 COE diperuntukkan.

Ini adalah tender pertama di bawah kuota baru COE, meningkat 14.3 peratus jika dibandingkan dengan tempoh antara Februari hingga April tahun ini.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan