Premium COE boleh naik sedang permintaan bagi EV China meningkat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA)
SINGAPURA: Sebahagian pemantau pasaran menjangkakan bahawa Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bakal meningkat dalam jangka pendek hingga sederhana, disebabkan permintaan yang meningkat bagi kenderaan elektrik (EV), terutama sekali jenama China.
Lebih banyak kenderaan EV jenama China kini meneroka pasaran Singapura, dengan lebih banyak pilihan ditawarkan.
Sebagai contoh, BYD, yang menyumbang lebih 40 peratus kenderaan EV yang baru didaftarkan di Singapura pada separuh pertama tahun ini, merancang membawakan sebuah model yang lebih mewah lewat tahun ini, menurut pengarah selepas jualan di pejabat Singapura syarikat itu, Chan Cher Leong.
Jenama kenderaan EV lain seperti Xpeng dan Zeekr turut dijangka memasuki pasaran tahun ini.
"(Singapura adalah) salah satu (pasaran) yang tumbuh paling pesat dan besar pada tahap ini...Saya percaya bahawa kesemua pengeluar EV berebut mengisi jurang ini," kata Encik Chan.
Malah sebilangan penganalisis menjangkakan kemasukan kenderaan sebegini bakal menaikkan premium COE.
Say Kwee Neng, rakan pengurusan di syarikat perundingan perniagaan EV, berkata dengan lebih banyak syarikat kereta yang menubuhkan pejabat jualan di sini, keupayaan untuk bersaing dalam harga dan COE akan bertambah baik.
"Jika anda menyaksikan kehadiran syarikat-syarikat itu dalam pasaran, ia pada asasnya akan meningkatkan daya saing bagi COE. Dan, bila mereka melakukan demikian, harga (COE) cenderung untuk naik," katanya.
EV LEBIH DITERIMA BAIK
Pertumbuhan pasaran kenderaan EV China di sini berlaku sedang lebih banyak pemandu menggunakan kereta-kereta alternatif sedemikian, menurut para pemain industri.
Contohnya, Vantage Automotive, yang menjual kereta-kereta BYD, Ford dan Peugot, mencatat peningkatan dalam penjualan kenderaan EV, daripada sekitar 1,400 unit pada keseluruhan tahun lalu, kepada lebih 2,000 unit setakat ini bagi tahun ini.
Pengarah urusan syarikat itu, Anthony Teo, berkata antara sebab peningkatan dalam penerimaan adalah insentif pemerintah yang sedia ada - yang menyumbangkan kepada S$15,000 daripada harga kenderaan EV baharu.
"Terdapat tanggapan salah bahawa kenderaan EV adalah mahal. Namun dengan insentif pemerintah, ternyata, kenderaan EV apabila dibandingkan dengan kenderaan enjin pembakaran dalaman, adalah setanding dari segi harga," kata Encik Teo.
Untuk menarik lebih ramai pembeli, jenama-jemana termasuk BYD memperkenalkan lebih banyak kenderaan kategori A, atau kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp. Premium COE kereta-kereta ini lebih rendah.
Memperkenalkan lebih banyak kenderaan kategori A mewujudkan persaingan yang boleh memberikan syarikat EV insentif untuk memastikan bahawa model mereka ditetapkan pada harga yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pembeli, kata Encik Teo.
Ini mungkin lebih menarik bagi mereka yang menangguhkan pembelian kenderaan sebegini atas sebab harga, tambahnya.
PERMINTAAN LEBIH TINGGI KENDERAAN EV PADA MASA HADAPAN
Encik Chan percaya bahawa dengan adanya lebih banyak kenderaan EV di jalan raya akan menarik lebih banyak kenderaan sebegini.
"Ini seperti sindrom barisan beratur paling panjang di pusat penjaja," katanya, merujuk kepada sikap warga Singapura yang gemar mengikuti barisan beratur paling panjang di pusat-pusat makanan dengan tanggapan bahawa makanannya pasti sedap.
"Sejurus selepas penerima awal meletakkan kereta mereka di jalan raya, lebih ramai warga Singapura yang sedang mempertimbangkan akan mula tertarik dengannya."
Beliau menambah bahawa akan ada "peralihan yang serius" daripada jenama terkenal Jepun kepada jenama kenderaan EV China , sedang pegguna mencari pilihan yang lebih berbaloi.
Namun, jenama kenderaan bukan EV China mungkin tidak dapat menikmati faedah pasaran yang sedang berkembang ini.
Komoco Motors, pengeluar kenderaan Hyundai yang dibuat di Korea Selatan, belum menyaksikan peningkatan dalam penjualan kenderaan EV.
Syarikat itu menarik perhatian kepada inflasi yang meningkat dan kuota COE yang rendah sebagai faktor yang membuatkan landskap lebih mencabar, serta bagaimana pengguna lebih cenderung kepada kendaraan EV buatan China yang mempunyai harga lebih rendah.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.