Skip to main content

Singapura

Premium COE bagi kereta kecil jatuh paling banyak dalam bidaan terkini

Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru yang dikeluarkan hari ini (23 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE bagi kereta kecil jatuh paling banyak dalam bidaan terkini

Gambar: TODAY

Diterbitkan : 23 Oct 2019 04:58PM Dikemas Kini : 23 Oct 2019 05:00PM

SINGAPURA: Premium bagi Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) ditutup bercampur-campur dalam bidaan terbaru yang dikeluarkan hari ini (23 Okt).

Bagi kereta Kategori A, untuk kereta-kereta sehingga 1,600 cc dengan kuasa tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada paras S$32,309, merosot daripada S$34,001 dalam bidaan sebelumnya.

Harga bagi kereta-kereta lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B, naik kepada S$41,805 daripada S$41,361.

Harga COE bagi kenderaan komersil, yang termasuk kenderaan muatan dan bas, jatuh kepada S$26,001 daripada S$26,509 dalam bidaan sebelumnya.

Premium motosikal pula ditutup pada harga S$3,889, naik daripada S$3,800 pada bidaan yang lalu.

Harga COE bagi kategori terbuka, yang boleh digunakan oleh mana-mana jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$42,020 daripada S$41,001.

Secara keseluruhannya, sekitar 4,900 bidaan diterima dengan 3,510 kuota COE diperuntukkan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita