Skip to main content

Singapura

Premium COE bagi kereta kebanyakannya tidak berubah; naik bagi kenderaan komersial dan motosikal

Harga premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (23 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE bagi kereta kebanyakannya tidak berubah; naik bagi kenderaan komersial dan motosikal

Beberapa kenderaan di satu persimpangan yang sibuk di Sims Way, Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)

SINGAPURA: Harga premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) kebanyakannya ditutup lebih tinggi dalam bidaan terkini pada Rabu (23 Jul).

Bagi kereta Kategori A, iaitu kereta 1,600cc dan ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, premium ditutup pada S$101,102, jumlah yang sama seperti sebelumnya.

Premium bagi kereta lebih besar dan lebih berkuasa di bawah Kategori B pula turun sedikit kepada S$119,101 daripada S$119,600.

COE bagi kenderaan komersial, termasuk kenderaan barangan dan bas, meningkat kepada S$68,600 berbanding S$66,689 dalam bidaan sebelum ini.

Premium bagi motosikal pula ditutup pada S$9,511, naik daripada S$9,389 sebelum ini.

COE bagi kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi lazimnya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$120,000 daripada S$118,500.

Sebanyak 4,480 bidaan diterima, dengan kuota sebanyak 3,059 COE ditawarkan.

Pada April, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengumumkan bahawa kuota COE bagi tempoh Mei hingga Julai akan meningkat lebih enam peratus berbanding suku sebelumnya.

Jumlah keseluruhan COE akan meningkat kepada 18,232, naik daripada 17,133 pada suku sebelumnya, yang sudah menyaksikan peningkatan sebanyak lapan peratus.

Berbanding tempoh yang sama tahun lalu, terdapat peningkatan sebanyak 21 peratus dalam jumlah kuota tersebut.
Sumber : CNA/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita