Premium COE bagi kenderaan besar cecah S$120,000; jumlah tertinggi dalam lebih setahun
Harga premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kenderaan besar mencecah S$120,000 dalam sesi bidaan pertama 2025 pada Rabu (8 Jan), iaitu harga tertinggi dalam tempoh lebih setahun.

(Gambar: CNA/Jeremy Long)
Premium COE bagi kenderaan lebih besar dan berkuasa tinggi dalam Kategori B meningkat daripada S$109,000 kepada S$121,501.
COE Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk sebarang jenis kenderaan tetapi kebanyakannya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$123,000 daripada S$108,992.
Harga bagi kereta Kategori A, iaitu kereta 1,600cc ke bawah dengan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup lebih rendah pada S$93,699 berbanding S$96,000 dalam bidaan sebelumnya.
COE untuk kenderaan komersial, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, merosot daripada S$69,890 kepada S$67,891 dalam bidaan kali ini.
Premium motosikal ditutup lebih tinggi pada S$9,001, daripada S$8,381 dalam bidaan sebelumnya.
Sebanyak 4,021 bidaan diterima kali ini, dengan kuota 2,670 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.