Skip to main content

Singapura

Premium COE bagi Kategori A cecah paras rekod S$128,105

Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kereta dalam Kategori A sekali lagi mencecah paras rekod sebanyak S$128,105 pada Rabu (8 Okt), mencatatkan harga tertinggi untuk kali ketiga berturut-turut.

Anggaran Waktu Membaca:
Premium COE bagi Kategori A cecah paras rekod S$128,105

Gambar fail: Jeremy Long/CNA

Diterbitkan : 08 Oct 2025 05:30PM Dikemas Kini : 08 Oct 2025 05:42PM
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi kereta dalam Kategori A sekali lagi mencecah paras rekod sebanyak S$128,105 pada Rabu (8 Okt), mencatatkan harga tertinggi untuk kali ketiga berturut-turut.

Premium COE bagi kebanyakan kategori lain juga naik di akhir sesi bidaan kali ini.

Kenaikan terbesar adalah bagi Kategori A, iaitu untuk kereta lebih kecil.

Harga COE bagi kategori itu meningkat sebanyak sekitar S$20,200 daripada S$119,003 dalam sesi bidaan sebelumnya.

Harga COE bagi kereta lebih besar dan berkuasa dalam Kategori B meningkat daripada S$136,890 kepada S$141,000.

Premium COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan tetapi lazimnya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$140,009 daripada S$127,901.

COE bagi kenderaan komersial, yang termasuk kenderaan barangan dan bas, naik kepada S$74,301 daripada S$71,556 dalam bidaan sebelumnya.

Premium motosikal ditutup pada S$9,810, naik daripada S$9,209 dalam sesi bidaan sebelumnya.

Sebanyak 5,300 bidaan diterima secara keseluruhan dengan 3,164 kuota COE diperuntukkan.

Premium COE juga meningkat secara keseluruhan dalam sesi bidaan sebelumnya, dengan harga bagi kereta-kereta kecil dalam Kategori A mencecah paras rekod.

Kenaikan harga berlaku selepas pengumuman pada 8 September lalu bahawa insentif kenderaan elektrik akan dikurangkan bermula 2026, walaupun inisiatif untuk menggalakkan pemandu memilih kenderaan dengan pelepasan (emission)yang lebih rendah akan dilanjutkan.

Menyusuli keputusan sesi bidaan sebelumnya, para penjual kereta memberitahu Mediacorp bahawa harga menunjukkan pembeli bergegas memasuki pasaran sebelum pengurangan rebat.

Harga COE dijangka meningkat lagi semasa latihan bidaan itu kerana ia berlaku selepas pameran kereta pada akhir September.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita