Premium COE bagi 3 kategori pecah rekod, termasuk kereta besar & motosikal
SINGAPURA: Premium Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) bagi tiga kategori mencatat rekod baru pada Rabu (9 Nov), termasuk bagi kereta lebih besar dan motosikal.
Premium bagi kereta Kategori B, atau berkuasa lebih 1,600cc, melonjak ke paras tertinggi sebanyak S$115,388. Ia sekali gus memecah rekod S$113,000 yang dicatatkan pada 7 September.
Harga COE bagi Kategori Terbuka, yang boleh digunakan bagi semua jenis kenderaan tetapi biasanya digunakan untuk kereta besar, meningkat kepada S$116,577, menjangkaui rekod S$114,001 pada 20 Julai.
Premium bagi motosikal pula meningkat lagi buat kali ke-12 berturut-turut dan ditutup pada S$13,189, memecah rekod S$12,801 dalam bidaan bulan lalu.
Tender kali ini yang pertama di bawah bekalan lebih kecil bagi suku ini iaitu 13.7 peratus lebih rendah berbanding kuota pada suku sebelum ini.
Premium COE mula meningkat pada 19 Mei apabila ia meningkat S$1 kepada S$9,490.
Dalam pada itu, premium bagi kereta Kategori A, atau sehingga 1,600cc dan kuasa kuda tidak melebihi 130bhp, ditutup pada S$87,235, naik berbanding S$81,089 dalam bidaan lalu.
Bagi bagi kenderaan komersil, termasuk kenderaan muatan dan bas, meningkat kepada S$76,302 berbanding S$70,201 dalam bidaan lalu.
Secara keseluruhannya, sebanyak 2,294 bidaan diterima dengan sebanyak 1,528 COE diperuntukkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.