Prasekolah SG semai semangat kemampanan dalam kalangan kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Prasekolah di Singapura sedang melengkapi kurikulum mereka dengan inisiatif-inisiatif pendidikan mesra alam sekitar, dengan harapan ia dapat mendidik kanak-kanak mengenai usaha kemampanan sejak usia yang kecil.
Kanak-kanak di beberapa prasekolah, misalnya, sudahpun mempelajari mengenai kitaran ekonomi dengan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan seperti asas bercucuk tanam, mengenali proses semula jadi kitaran semula bahan-bahan organik dan kitar semula.
Pendidikan kemampanan sedemikian, sejajar dengan visi Singapura untuk menjadi sebuah "negara sifar sisa" dan mengurangkan 30 peratus jumlah sisa yang dihantar ke Kawasan Pelupusan Sampah Semakau menjelang hujung dekad ini.
Ia adalah sebahagian daripada Pelan Hijau Singapura 2030 yang lebih meluas.
PEMBELAJARAN SECARA LANGSUNG
Pada usia yang muda, kanak-kanak mungkin tidak dapat memahami tujuan sebenar di sebalik kegiatan-kegiatan seumpama itu disebabkan kekurangan pemahaman atau kematangan. Sekalipun demikian, ia tetap penting untuk mendedahkan kanak-kanak kepada konsep-konsep tersebut, kata pengurus sekolah-sekolah di MapleBear Singapore, Cik Anita Yuen.
Beliau menambah, kanak-kanak akan memahami tujuan di sebalik apa yang diajar secara bertahap-tahap sedang mereka membesar.
Di MapleBear Preschool, para pelajar prasekolah itu menanam sayur-sayuran di taman, yang mana mereka seterusnya menuai dan menikmati hasilnya semasa waktu makan. Ia merupakan cara sekolah itu menjadikan konsep kitaran ekonomi difahami dengan lebih mudah oleh kanak-kanak.
Sementara itu, para pelajar di Little Skool-House mengitar semula sisa dapur menjadi kompos untuk kebun masyarakat, dengan menggunakan mesin sisa makanan yang baru diperolehi sekolah itu. Mesin tersebut menelan sisa makanan seperti kulit telur dan empulur epal.
Cik Tan Chujun, pengetua Little Skool-House yang berletak di Politeknik Republik, berkongsi bahawa program sekolah itu dirangka berdasarkan topik-topik yang diminati kanak-kanak.
"Maka, mereka sangat ingin tahu sejak mesin sisa makanan tiba di sekolah. Mereka bertanya soalan-soalan tentang bagaimana dan apa yang sebenarnya berlaku dalam mesin sisa makanan sebegitu," katanya, sambil menambah bahawa kanak-kanak itu memerhati proses di mana sisa makanan dikisarkan dalam botol kompos.
Para pendidik rata-rata juga mengatakan bahawa menyemai para pelajar dari usia yang muda dengan pendidikan sedemikian, dapat mewujudkan kesan yang berterusan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.