Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Prasekolah, rumah jagaan, kebun bakal dibangunkan di bekas tapak Sekolah Menengah Henderson

Sebuah pusat jagaan kanak-kanak, rumah jagaan warga tua, pusat dialisis dan sebuah kebun bandar akan dibangunkan di bekas tapak Sekolah Menengah Henderson.

Anggaran Waktu Membaca:
Prasekolah, rumah jagaan, kebun bakal dibangunkan di bekas tapak Sekolah Menengah Henderson

(Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 25 Sep 2018 08:17PM Dikemas Kini : 25 Sep 2018 08:21PM

SINGAPURA: Sebuah pusat jagaan kanak-kanak, rumah jagaan warga tua, pusat dialisis dan sebuah kebun bandar akan dibangunkan di bekas tapak Sekolah Menengah Henderson.

Demikian menurut Penguasa Tanah Singapura (SLA) hari ini (25 Sep).

Dalam satu kenyataan media, SLA menyatakan bahawa menyediakan tiga kemudahan di satu tapak akan memenuhi keperluan masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.

Rumah jagaan warga emas dan pusat dialisis yang dirancang itu juga dijangka memenuhi permintaan orang ramai di kawasan tersebut, menurut kenyataan media SLA.

Tapak bersepadu itu adalah usahasama antara Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (ECDA), Kementerian Kesihatan (MOH) dengan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA), menurut kenyataan media itu lagi.

Sekolah Menengah Henderson berpindah dari premis itu setelah ia bergabung dengan Sekolah Menengah Bukit Merah pada tahun lalu.

Pusat penjagaan kanak-kanak itu pula ditempatkan di sebuah bangunan dua tingkat seluas 1,800 meter persegi. Ia akan dikendalikan oleh Yayasan Masyarakat PAP.

Prasekolah tersebut, yang akan dapat mengambil seramai 250 kanak-kanak, dijangka mula beroperasi pada hujung tahun depan.

Tapak yang sama itu juga boleh digunakan untuk menguji teknologi-teknologi inovatif dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang bagaimana makanan ditanam dan mempromosikan hasil cucuk tanam tempatan.

Satu tender akan dilancarkan pada hujung bulan Oktober nanti bagi yang berminat untuk menggunakan kemudahan kebun bandar tersebut. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan