Prasekolah, Persatuan Alam Semulajadi anjurkan program luar darjah
Kanak-kanak di sebuah pusat prasekolah di Taman Alam Semula Jadi Zhenghua kini boleh menyertai program-program luar bilik darjah yang direka khas dengan Persatuan Alam Semula Jadi Singapura.
Kanak-kanak My First Skool meneroka luar darjah (Gambar: Deborah Wong/Mediacorp)
SINGAPURA: Kanak-kanak di sebuah pusat prasekolah di Taman Alam Semula Jadi Zhenghua kini boleh menyertai program-program luar bilik darjah yang direka khas dengan Persatuan Alam Semula Jadi Singapura.
Kanak-kanak dari My First Skool itu boleh mengetahui jenis-jenis unggas seperti ayam hutan atau burung merpati.
Itulah salah satu program kegiatan luar bilik darjah yang dianjurkan pusat prasekolah ini menerusi kerjasama dengan Persatuan Alam Semula Jadi. Para pendidik percaya usaha ini akan menyemai sifat pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan golongan muda.
Sejak dibuka Februari lalu, separuh daripada 400 tempat di pusat prasekolah ini sudah diisi. Menjelang akhir tahun ini, My First Skool akan menambah lagi 2,800 tempat jagaan kanak-kanak.
Ini sejajar dengan usaha pemerintah untuk menambah 40,000 tempat dalam tempoh lima tahun akan datang.
Sebahagian daripadanya dijangka mempunyai konsep sekitaran luar yang serupa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.