Prasekolah, hospital di SG tingkatkan langkah berjaga-jaga susuli peningkatan kes campak
SINGAPURA: Prasekolah dan hospital di merata Singapura mengambil langkah berjaga-jaga terhadap jangkitan campak sedang kes yang dilaporkan di dalam negeri dan luar negara meningkat.
Pengendali prasekolah NTUC First Campus menyatakan ia akan meningkatkan saringan kesihatan bagi kanak-kanak dan kakitangannya.
Mereka yang kurang sihat akan segera diasingkan dan dihantar pulang.
Ia juga akan mengambil langkah tambahan bagi bayi bawah usia satu tahun.
Penolong Pengarah Perubatan Hospital St Luke's Dr Wong Mei Mon berkata pihaknya akan berwaspada terhadap gejala jangkitan campak ^dalam kalangan pesakit dan kakitangan.
Hospital itu juga akan menyemak rekod vaksinasi dan menyokong pengambilan suntikan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.