Prasarana serantau 'terbuka, inklusif' perlu untuk pelihara keamanan, kestabilan Asia, kata PM Lee
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP/Eugene Hoshiko
SINGAPURA: Negara-negara di Asia harus memikirkan bagaimana untuk berganding bahu, sebelum konflik timbul, untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Khamis (26 Mei). Beliau menyeru Jepun untuk melakukan lebih banyak lagi bagi kerjasama keselamatan serantau.
Beliau berucap demikian di pembukaan Persidangan Antarabangsa Mengenai Masa Depan Asia ke-27 anjuran Nikkei semasa lawatan kerja empat hari ke Tokyo dari 24 hingga 27 Mei.
Encik Lee membuat komen itu di tengah-tengah peperangan yang terus memuncak di Ukraine dan sedang hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China kekal tegang.
Dalam ucapan beliau selama 20 minit, Encik Lee berkata negara-negara di rantau ini harus bekerjasama untuk memperkukuhkan keselamatan kolektif, bersama-sama dengan pihak-pihak berkepentingan di luar Asia, demi mengekalkan keseimbangan kuasa serantau.
Ini, tambah beliau, harus dilengkapkan dengan kerjasama ekonomi.
ASEAN boleh memainkan "peranan penting" dalam hal ini dan Jepun, menjangkaui peranan utamanya dalam hal ehwal ekonomi, boleh "menyumbang lebih besar kepada kerjasama keselamatan serantau", kata beliau.
Berhubung keselamatan serantau, meskipun setiap negara secara semula jadi akan mengkaji semula strategi pertahanan dan perbelanjaan masing-masing menyusuli perang di Ukraine, Encik Lee memberi amaran ini mungkin akan mencetuskan persaingan senjata.
"Oleh itu, negara-negara juga mesti berganding bahu untuk memperkukuhkan keselamatan menyeluruh mereka," tekan beliau.
KESELAMATAN DILENGKAPI DENGAN KERJASAMA EKONOMI
Encik Lee berkata banyak pihak berkepentingan akan terlibat dalam keselamatan serantau, termasuk beberapa negara dari luar rantau Asia.
AS mengekalkan "peranan penting" dalam menyediakan rangka kerja untuk keamanan dan kestabilan bagi rantau ini sejak akhir Perang Dunia Kedua sekalipun keseimbangan strategik berubah, kata Encik Lee.
Sementara itu, Australia, Kesatuan Eropah, dan United Kingdom (UK) juga mempunyai hubungan keselamatan yang kukuh dengan Asia serta kepentingan di rantau ini.
Menjawab soalan mengenai ketegangan geopolitik, Encik Lee berkata negara-negara semakin menekankan daya ketahanan dan keselamatan negara berbanding keuntungan ekonomi hasil daripada aliran perdagangan dan pelaburan bebas.
"Namun mereka harus berhati-hati apabila mengambil langkah-langkah ekstrem, terlebih dahulu sebelum konflik timbul," kata Encik Lee.
Menyentuh tentang pembangunan prasarana serantau yang terbuka dan inklusif bagi kedua-dua kerjasama keselamatan dan ekonomi, Encik Lee berkata banyak perkara akan bergantung kepada kemajuan hubungan antara AS dengan China.
Memandangkan pengaruh dan sumber yang dimilikinya, kata Encik Lee, Jepun mempunyai peranan utama dalam hal ehwal serantau selaku pelabur terkemuka di Asia dan pejuang tegar bagi liberalisasi perdagangan serantau.
Encik Lee menyimpulkan bahawa sebuah persekitaran yang stabil dan selamat adalah genting bagi kedinamikan dan kemakmuran Asia.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.