Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pramugari hamil SIA diberi pilihan bertugas sementara di darat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pramugari Singapore Airlines (SIA) yang hamil kini boleh bertugas di darat sehingga mereka melahirkan.

Ia satu perubahan besar pada peraturannya sebelum ini, di mana pramugari hamil perlu berhenti kerja, menurut seorang jurucakap SIA pada Isnin (10 Okt).

Beliau berkata anak kapal yang hamil boleh memilih untuk bekerja sementara di darat antara tiga hingga sembilan bulan, dari masa mereka maklumkan tentang kehamilan mereka hingga sebelum bersalin.

Tambahnya, SIA "menyokong krew kabin kami semasa mereka hamil dan selepas mereka melahirkan".

Selepas melahirkan dan mengambil cuti bersalin, anak kapal itu boleh menyambung kembali tugas mereka dalam pesawat, menurut kenyataan SIA kepada Mediacorp.

"Kami akan terus bekerja keras untuk mengekalkan bakat dan melabur dalam pembangunan mereka supaya SIA dapat terus menyediakan khidmat bertaraf dunia," menurut jurucakap syarikat penerbangan itu.

The Straits Times pada Isnin melaporkan bahawa langkah itu yang dilaksanakan sejak Julai menamatkan "amalan lama SIA untuk membatalkan kontrak kru kabin apabila mereka hamil".
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan