Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

PPIS tubuh unit kaji trend keluarga, tawarkan konsultasi agama bagi perkukuh institusi keluarga

PPIS melihat kekeluargaan sebagai tunggak penting dalam fabrik sosial Singapura yang perlu senantiasa diperkukuh. Perincian lanjut akan dikupas dalam DETIK Dialog 8.30 malam ini.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menubuhkan unit Penyelidikan dan Pembangunan untuk menyelidik trend-trend kekeluargaan
serta menyediakan khidmat konsultasi berasaskan keagamaan bagi wanita.

Itulah antara inisiatif terbaru yang sedang dilakarkan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dalam usaha untuk mengukuhkan institusi keluarga tempatan.

Mengukuhkan institusi keluarga ialah isu yang sering menjadi perbincangan menyusuli pengumuman Seksyen 377A yang bakal dimansuhkan.

Bagi PPIS, ia melihat kekeluargaan sebagai tunggak penting dalam fabrik sosial Singapura yang perlu senantiasa diperkukuh.

Maka itu, PPIS bakal melancarkan beberapa inisiatif baru untuk mencapai matlamat tersebut.

Presiden PPIS, Cik Hazlina Halim berkata: "Dari segi ini, data-data dan fakta-fakta yang diraih, ia dapat memberi kami imbasan, apakah program-program diperlukan pada masa akan datang.

"Ini juga boleh hasilkan maklum balas yang mungkin dapat membantu penggubal-penggubal dasar."

Pengumuman Seksyen 377A yang bakal dimansuhkan pemerintah memberi jaminan definisi serta institusi keluarga bakal diperkukuh seperti termaktub dalam perlembagaan negara.

Maka itu, PPIS merasakan ia perlu mengemaskini serta mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan agar dapat menyumbang kepada usaha memperkukuh institusi keluarga.

"Kita juga sedang pertimbangkan mencari rakan sekerja untuk menawarkan peluang di ruang-ruang yang kami tubuhkan untuk wanita dengan menyediakan konsultasi yang bercorak keagamaan," kata Cik Hazlina.

Menurut Menteri Pembangunaan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli, pemerintah dijangka selesai melakukan pengukuhan kepada institusi keluarga, menjelang akhir tahun ini.

Kesan langkah memansuhkan Seksyen 377A serta usaha untuk mengukuhkan institusi keluarga akan dibincangkan secara lebih terperinci dalam Detik Dialog yang akan ke udara pada 8.30 malam ini.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan