PPIS meterai MoU perhebat usaha literasi AI buat pelajar, latihan kakitangan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak sokongan dijangkakan untuk memperkasa sekitar 180 kanak-kanak di Pusat Jagaan Pelajar Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) dengan pengetahuan kecerdasan buatan (AI).
Ini menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai PPIS dengan syarikat platform pembelajaran moden, KiteSense.
Ini merupakan kali pertama KiteSense bekerjasama dengan sebuah pusat jagaan pelajar.
Ia sekaligus menjadikan pusat jagaan pelajar PPIS yang pertama untuk memanfaatkan platform-platform AI untuk memperhebat pembelajaran pelajar.
"Kerjasama ini sangat penting kerana ia akan membantu membina literasi AI dalam kalangan pelajar pusat jagaan kami agar kanak-kanak ini sedia menghadapi masa hadapan yang lebih mencabar," kata CEO PPIS, Aidaroyani Adam.
Dalam kalangan 180 kanak-kanak itu, ada juga yang dari keluarga berpendapatan rendah.
Inisiatif itu bertujuan memperkayakan pengalaman pembelajaran kanak-kanak, menyokong para guru serta memastikan pendekatan pembelajaran kekal inklusif.
LATIH TENAGA KERJA PPIS MENERUSI MOU DENGAN NTUC
Selain KiteSense, PPIS juga memeterai MoU dengan Jawatankuasa Latihan Syarikat (CTC) NTUC untuk menyediakan peluang latihan dan pembangunan baharu bagi para kakitangan PPIS.
Ini untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan keupayaan pertubuhan dan pembangunan tenaga kerja PPIS.
Melalui kerjasama ini, PPIS akan dibantu untuk mengenal pasti keperluan latihan dan meningkatkan kemahiran kakitangan agar lebih bersedia menghadapi landskap perkhidmatan sosial yang semakin dinamik dengan pendigitalan.
"Kerjasama dengan rakan strategik kami seperti NTUC dan juga KiteSense dalam memperkasa dan tingkatkan keupayaan kami dalam pendigitalan dan teroka bidang baru untuk kami terus maju sebagai satu masyarakat,” kata Cik Aida.
Dua MoU itu dimeterai di acara penghargaan 'PPIS Bersama 2026: Menghargai Perjalanan Kita' yang berlangsung pada Sabtu (24 Jan).
Acara tersebut menghimpunkan sekitar 150 penderma, rakan kongsi, sukarelawan dan anggota masyarakat bagi meraikan sumbangan kolektif pelbagai pihak terhadap usaha berterusan PPIS sejak penubuhannya.
Dengan sokongan berterusan daripada penderma, rakan kongsi dan sukarelawan, PPIS ingin memastikan bantuan yang dihulurkan mampu meninggalkan kesan yang bermakna kepada para penerima.
"Keutamaan PPIS pada tahun ini adalah untuk pastikan sokongan kami akan memberi lebih impak, kami akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan keluarga dan penjagaan kanak kanak.
"Ini penting kerana keluarga yang stabil akan memberi permulaan yang baik untuk anak-anak terus cemerlang dan bagi PPIS, sokongan yang berterusan dan hubungan yang kukuh dengan masyarakat adalah kunci untuk membantu lebih ramai keluarga," ujar Cik Aida.

PEMERKASAAN WANITA MENERUSI KEPIMPINAN
Acara itu turut diserikan lagi dengan kehadiran mantan Presiden Singapura, Halimah Yacob yang juga merupakan penaung PPIS.
Dalam ucapannya, beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PPIS dalam perananya untuk menyokong wanita dan keluarga merentasi pelbagai peringkat kehidupan.
"Kisah PPIS pada intinya, adalah kisah kepimpinan wanita. Daripada perintis awal yang melangkah ke hadapan untuk menyokong wanita dan keluarga dalam masyarakat, kepada generasi kepimpinan wanita seterusnya yang telah membentuk, mengukuh dan mengekalkan pertubuhan. PPIS telah dibina melalui keyakinan, keprihatinan dan ketabahan,” kata Puan Halimah.
Beliau turut menekankan peranan penting penderma, sukarelawan dan rakan kongsi dalam memastikan kelangsungan misi PPIS.
"Apa yang benar-benar dapat mengekalkan pertubuhan seperti PPIS ialah sikap murah hati dan komitmen mereka yang menyokong misinya.
"Daripada penderma dan rakan kongsi kepada sukarelawan dan anggota masyarakat PPIS, sokongan anda menjadikan visi menjadi realiti. Jika digabungkan, sumbangan ini mencerminkan budaya memberi yang kukuh dan berkekalan," katanya.

RAIKAN SUMBANGAN BAKTI KEPADA PPIS
Di acara itu, PPIS juga memberi penghargaan buat relawan dan kakitangan yang telah banyak dan lama menyumbang bakti kepada PPIS.
Antaranya ialah Cik Fatimah Azimullah, 79 tahun yang sudah menabur bakti selama lebih lima dekad.
Minatnya terhadap khidmat masyarakat mendorongnya untuk menyertai PPIS pada 1971 sebagai Setiausaha Kehormat.
Beliau memainkan peranan penting dalam mewujudkan perkhidmatan pendidikan pendidikan awal kanak-kanak, pendidikan sosial, serta menyokong ibu tunggal.
Cik Fatimah juga pernah memegang jawatan Presiden PPIS sebanyak dua kali, dari 1975 hingga 1977 dan dari 1986 hingga 2008.
Menurutnya, prinsip utama untuk memastikan PPIS kekal relevan dan berdaya tahan adalah kepekaan lembaga pengarah terhadap keperluan masyarakat.
"Yang penting sekali ahli lembaga pengarah harus sentiasa peka tentang keperluan masyarakat dan mengatur rancangan untuk membantu masyarakat atasi apa apa kekurangan atau kelemahan dalam masyarakat," katanya.
Beliau berharap PPIS akan terus berkembang maju dalam misinya membangunkan masyarakat Melayu/Islam di Singapura, bukan sahaja dalam pemerkasaan wanita, malah untuk keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.