PPIS lancar program 'Women LeadHers' perkasa lebih ramai wanita jadi pemimpin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Golongan wanita kini ada satu lagi wadah untuk mendapat bimbingan kerjaya dan kepimpinan secara khusus menerusi inisiatif terbaharu Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS).
Program PPIS Women LeadHers yang dilancarkan pada Khamis (16 Jul) itu menumpukan kepada pembangunan kepimpinan yang bertujuan memperkasa wanita menerusi bimbingan mentor, pembangunan kepimpinan dan peluasan rangkaian profesional.
Program selama sembilan bulan itu yang dijalankan dengan kerjasama Maybank Singapore dan Korn Ferry, akan memberi manfaat kepada 50 wanita berusia antara 24 hingga 35 tahun yang terdiri daripada golongan karyawan di peringkat awal kerjaya, bakal pemimpin dan mereka yang kembali menyertai alam pekerjaan.
Pelancarannya disempurnakan oleh Penaung PPIS merangkap Menteri Negara di Kementerian Pembangunan Digital dan Penerangan merangkap Kesihatan, Rahayu Mahzam.
"Setiap wanita itu punya peluang untuk mencapai aspirasinya, tidak kira latar belakangnya kerana kita tahu bahawa di Singapura memang banyak peluang dan kita lihat pembangunan wanita itu cukup baik keadaannya tetapi kita juga tahu yang mungkin ada yang punya pengalaman yang berbeza dan punya cabaran dalam kehidupan mereka," kata Cik Rahayu.
"Kita mahu pastikan yang walaupun mereka punya cabaran, mereka diberi peluang untuk terus maju. Adanya informasi dan sokongan untuk mengatasi hambatan yang mungkin mereka hadapi dalam kerjaya atau dalam keluarga," tambahnya lagi.
TANGANI JURANG AKSES KEPADA PELUANG PEMBANGUNAN KERJAYA
Menurut Naib Presiden PPIS, Liyana Sinwan, program tersebut diperkenalkan bagi menangani jurang yang masih wujud dalam akses wanita kepada peluang pembangunan kerjaya.

"Kajian oleh PPIS menunjukkan bahawa ramai wanita kurang mendapat akses kepada pembimbing atau mentor, rangkaian profesional serta peluang kepimpinan untuk memajukan kerjaya mereka. Ini merupakan modal sosial yang penting tetapi tidak semua berupaya mendapatkannya secara sama rata," kata Cik Liyana.
Beliau menambah bahawa keadaan itu lebih mencabar bagi wanita daripada golongan berpendapatan rendah yang mempunyai komitmen keluarga serta rangkaian profesional yang terhad.
"Program Women LeadHers bukanlah untuk menduplikasi program sedia ada tetapi melengkapinya dengan merapatkan jurang akses tersebut. Kami memanfaatkan data dan realiti sebenar wanita Islam di Singapura untuk menyediakan bimbingan berstruktur serta rangkaian profesional yang mampu membuka peluang baharu," tambahnya lagi.
Program tersebut merupakan inisiatif selama tiga tahun yang menyasarkan pembentukan barisan pemimpin wanita secara mampan.
Kohort sulung akan melibatkan 50 peserta daripada pelbagai industri dan latar belakang sosioekonomi.
Selain sesi bimbingan, peserta akan mengikuti program pembangunan kepimpinan, pendedahan kepada pemimpin industri serta peluang membina rangkaian karyawan bagi membantu mereka mengembangkan kerjaya.
"Kami akan mengukur kejayaan melalui peningkatan keyakinan untuk memimpin, kemajuan kerjaya seperti kenaikan pangkat atau jawatan baharu serta pertumbuhan pendapatan," kongsi Cik Liyana.
"Bagi PPIS, kejayaan sebenar ialah apabila peserta terus maju, membimbing orang lain dan memberi sumbangan yang bermakna kepada tempat kerja dan masyarakat," tambahnya lagi.
Permohonan bagi mentor dan peserta dibuka hingga 31 Julai ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.