'Power bank' dilarang digunakan dalam pesawat SIA, Scoot mulai April
Mulai April, penumpang Singapore Airlines (SIA) dan Scoot tidak dibenarkan untuk menggunakan bank kuasa atau 'powerbank' untuk mengecas peranti dalam penerbangan.
Gambar fail individu menggunakan bank kuasa. (Gambar: iStock)
Mereka juga tidak dibenarkan mengecas alat pengecas mereka menggunakan port USB dalam pesawat, menurut kedua-dua syarikat penerbangan itu dalam catatan Facebook pada Rabu (12 Mac).
Para penumpang boleh membawa power bank yang mempunyai kuasa sehingga 100Wh dalam penerbangan tanpa perlukan kelulusan, manakala alat pengecas yang berkuasa antara 100Wh dengan 160Wh perlukan kelulusan.
Power bank yang mempunyai kuasa lebih daripada 160Wh tidak dibenarkan dalam penerbangan.
"SIA Group mematuhi Peraturan Barangan Berbahaya Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) berhubung power bank, yang diklasifikasikan sebagai bateri lithium," menurut kedua-dua syarikat penerbangan itu.
Power bank harus dibawa dalam beg kabin di kesemua penerbangan SIA dan Scoot.
Ia tidak dibenarkan disimpan dalam bagasi yang didaftarkan.
Ini menyusuli langkah serupa oleh syarikat penerbangan lain, termasuk Air Busan dari Korea Selatan, yang tidak membenarkan penumpang menyimpan power bank dalam kabin pesawat.
Pada 2023, sebuah power bank terbakar dalam penerbangan Scoot dalam perjalanan ke Singapura dari Taipei.
Alat itu menjadi panas ketika pesawat berada di landasan, menurut Scoot pada ketika itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.