Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Potongan cukai di bawah CPTPP berkuat kuasa hari ini

Pusingan pertama potongan cukai di bawah Perjanjian Menyeluruh dan Progresif Perkongsian Rentas Pasifik (CPTPP) berkuatkuasa hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Dec 2018 04:41PM Dikemas Kini : 30 Dec 2018 09:22PM

SINGAPURA: Pusingan pertama potongan cukai di bawah Perjanjian Menyeluruh dan Progresif Perkongsian Rentas Pasifik (CPTPP) berkuatkuasa hari ini (30 Dis).

Di bawah perjanjian itu, 94 peratus perdagangan Singapura dengan enam negara yang menyertai perjanjian itu tidak dikenakan cukai.

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana Singapura (SME) mengalu-alukan keistimewaan dagangan itu.

Tujuh negara pertama di mana perjanjian CPTPP berkuatkuasa ialah Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura dan Vietnam.

Empat negara yang belum mengesahkan perjanjian itu ialah Brunei, Chile, Malaysia dan Peru.

Bagi syarikat-syarikat Singapura, perjanjian tersebut membawa beberapa faedah.

Salah satunya, 94 peratus dagangan Singapura dengan negara-negara CPTPP adalah bebas tarif.

Bagi Mexico dan Kanada, yang tiada perjanjian dagangan dengan Singapura, sebanyak 88 peratus dan 99 peratus cukai import akan ditiadakan.

"Ia membuka peluang-peluang bagi banyak syarikat Singapura, terutamanya syarikat-syarikat kecil. Mereka tidak perlu patuhi banyak peraturan yang kompleks, satu peraturan sahaja untuk banyak negara," menurut CEO, Persekutuan Perniagaan Singapura, Ho Meng Kit.

Syarikat-syarikat Singapura boleh juga mendapatkan sumber dari negara-negara yang menyertai perjanjian bagi layak mendapatkan tarif istimewa.

Contohnya pengeluar aiskrim Singapura boleh menikmati cukai istimewa jika mereka mendapatkan sumber gula dari Australia, dan susu dari New Zealand.

Bagaimanapun SME Singapura akur perlunya lebih inovatif untuk menghadapi saingan daripada pasaran-pasaran yang lebih luas.

"SME perlu menawarkan nilai tambahan yang lebih tinggi kepada para pengguna serta mutu perkhidmatan yang lebih meningkat," kata Ketua Pembangunan Niaga, Agrocorp, Encik Vishal Vijay.

CPTPP dijangka menjimatkan sekitar AS$105 juta (S$143 juta) dalam penghapusan cukai perdagangan bagi negara negara peserta.

Perjanjian itu juga dijangka mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, serta menarik projek-projek R&D.

Sumber : CNA/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan