Potensi sumbangan Orang Pulau dalam pembangunan mampan pulau selatan SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: "Sedihlah melihat setelah sekian lama, pembangunan di sini tidak banyak beza," luah Addynna Azlinor, seorang bekas penduduk Pulau Sekijang Bendera atau Pulau St John.
Addynna sekeluarga merupakan antara ratusan Orang Pulau yang menetap di Pulau Sekijang Bendera sehingga 1999.
Orang Pulau sudah menduduki pulau-pulau selatan sebelum ditempatkan semula di tanah besar Singapura mulai tahun 1970-an.
Beliau bersama keluarganya dijemput untuk pulang ke tapak lama rumah mereka bagi penerbitan program DETIK: Tanah dan Air baru-baru ini.
KERJASAMA BEKAS PENDUDUK
Semasa menunjukkan beberapa kawasan di pulau itu, Addynna sekeluarga kerap meluahkan harapan agar para bekas penduduk dilibatkan dalam mengembalikan pesona pulau-pulau selatan Singapura.
"Mungkin boleh adakan reruai dan boleh jemput penduduk-penduduk lama seperti kami untuk menceritakan tentang sejarah dan kehidupan kami di pulau ni," kongsi beliau.
Ini selain menambahkan kemudahan-kemudahan sedia ada demi memberi para pengunjung pengalaman yang lebih baik semasa melawat pulau berkenaan.
Buat masa ini, ada beberapa daya tarikan semula jadi di Pulau Sekijang Bendera yang boleh dinikmati orang awam.
Pun begitu, Addynna sekeluarga percaya banyak lagi boleh dilakukan jika Orang Pulau seperti mereka dapat berkongsi kisah serta idea mereka.

Antaranya menjadikan bangunan lama St John English School iaitu sekolah ibu Addynna, berubah menjadi sebuah muzium kecil.
Apabila berada di tapak rumah lama mereka pula, Addynna juga berkongsi kehidupan pada waktu itu.
Meski terasa sebak, beliau menaruh harapan kisah-kisah itu dikongsikan kepada orang ramai demi memperkayakan lagi nilai tarikan, budaya serta sejarah pulau tersebut.
Beliau berkata: "Mungkin kami dapat jadi pemandu pelancong membawa pengunjung di seluruh pulau ini dan mungkin buka kafe menjual hidangan Orang Pulau. Banyak yang boleh dilakukan sebenarnya."
PERBEZAAN LEBIH KETARA DI PULAU SEKIJANG PELEPAH
Wajah pembaharuan di Pulau Sekijang Pelepah atau dikenali sebagai Pulau Lazarus lebih ketara.
Sejak tahun lalu, pelbagai usaha dijalankan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke pulau-pulau selatan.
Langkah-langkah oleh Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) untuk membangunkan Pulau Sekijang Pelepah itu seiring pulau-pulau lain seperti Pulau Seringat, Pulau Sekijang Bendera dan Pulau Kias.
Sasaran SDC adalah untuk menjadikan pulau-pulau selatan Singapura sebagai destinasi santai baharu sambil memastikan amalan terbaik dalam melindungi alam semula jadi.
Proses rundingan sebelum usaha itu dijalankan turut melibatkan Orang Pulau yang pernah menetap di pulau berkenaan seperti Encik Fawzi Nasir.
Salah satu hasilnya adalah tawaran baharu penginapan rumah kecil yang didirikan di pulau tersebut.

Encik Fawzi juga merupakan seorang sukarelawan Rakan Taman Marin (FMP) yang giat mempromosikan sukan air tradisional seperti jong dan kolek serta usaha-usaha menlindungi kehidupan maritim.
"Pemeliharaan dan pemuliharaan pada pendapat saya, memang digalakkan. Ini untuk ilmu pengetahuan atau peluang untuk mengongsikan kepada generasi baharu model-model kampung atau rumah-rumah lama serta cara penghidupan kita pada masa dahulu," kata beliau.
Misalnya, Encik Fawzi sendiri cuba menghidupkan semula sukan air tradisional seperti jong sejak 2018.

Beliau kerap bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi setempat serta luar negara untuk menganjurkan perlumbaan jong.
Encik Fawzi menambah: "Terakhir saya lihat perlumbaan jong yang diadakan di pantai East Coast atau di Pulau Seking pada 1980-an. Selepas itu, tiada lagi.
"Saya harap dapat bekerjasama untuk memastikan yang perlumbaan ini akan dianjurkan atau dibuat sebagai legasi."
Lantaran itu, beliau menekankan peri perlunya untuk Orang Pulau diberi ruang agar dapat menyumbang supaya kepelbagaian yang ada dalam masyarakat dapat sama-sama diraikan serta dimanfaatkan.
"Ini supaya tidak kekok kepada generasi baharu untuk mengetahui bagaimana moyang kita hidup pada zaman-zaman dahulu. Jadi bukan setakat barang-barang artifak kita letak di muzium kemudian dianggap sudah selesai," kata beliau.
Encik Fawzi akan sekali lagi menganjurkan perlumbaan sukan air tradisional tersebut pada 20 Disember nanti.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.