Skip to main content

Singapura

Potensi besar untuk SG-Thailand luaskan kerjasama ekonomi digital dan hijau

Anggaran Waktu Membaca:
Potensi besar untuk SG-Thailand luaskan kerjasama ekonomi digital dan hijau
Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul mengadakan jamuan teh untuk Menteri Kanan Lee Hsien Loong bersama isterinya, Cik Ho Ching, di Pejabat Perdana Menteri Thailand. (Gambar: Lee Hsien Loong/Facebook)
Diterbitkan : 04 Nov 2025 07:44PM Dikemas Kini : 04 Nov 2025 08:04PM
BANGKOK: Menteri Kanan Lee Hsien Loong berkata terdapat potensi besar untuk Singapura dan Thailand melanjutkan kerjasama dalam bidang-bidang seperti ekonomi digital dan hijau.

SM Lee berkata demikian dalam catatannya yang dimuat naik ke Facebook pada Selasa (4 Nov), menyusuli pertemuannya dengan Perdana Menteri Thailand Anutin Charnvirakul semasa menggulung lawatan beliau ke Bangkok.

SM Lee berkata beliau gembira dapat bertemu semula dengan PM Anutin, yang mengadakan sesi jamuan teh untuk beliau beserta isteri, Cik Ho Ching, di pejabat perdana menteri itu.


Kali terakhir kedua-dua pemimpin tersebut bertemu di Bangkok adalah ketika Thailand menjadi tuan rumah Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada 2022.

SM Lee menarik perhatian kepada hubungan dua hala yang kukuh antara kedua-dua negara, dan mengalu-alukan perkongsian lebih mendalam.

Awal dari itu, SM Lee turut memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang mantan Ratu Thailand Sirikit Kitiyakara di Istana Raja.
Sumber : BERITA Mediacorp/AI/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita