Posmen baru "terlepas pandang" surat-surat di kolong blok Tampines: SingPost
Seorang posmen baru "terlepas pandang" bungkusan surat yang ditemui di kolong blok di Tampines, menurut SingPost pada Jumaat (26 Apr).
(Gambar: Francine Lim)
SINGAPURA: Seorang posmen baru "terlepas pandang" bungkusan surat yang ditemui di kolong blok di Tampines, menurut SingPost pada Jumaat (26 Apr).
"Posmen itu terlepas pandang bungkusan surat yang diletakkan di belebas tempat pembuangan kertas dekat peti surat setelah ia terjatuh," menurut jurucakap syarikat tersebut.
Menurut jurucakap itu lagi dalam kenyataan media terkininya: "Menyusuli siasatan kami, SingPost mendapati bahawa bungkusan surat itu diuruskan oleh seorang posmen baru yang menyertai syarikat kami sebulan lalu dan baharu sahaja memulakan penghantaran surat secara seorangan.
"Ini berlaku beberapa hari setelah dia selesai menjalani latihan dalam kelas dan latihan sambil bekerja dengan seorang rakan posmen berpengalaman."
SingPost menambah ia akan bercakap dengan posmen terlibat mengenai isu tersebut "dengan cara yang sesuai" sambil mengucapkan terima kasih kepada Cik Joanne Li, yang mengongsikan perkara itu menerusi Facebook-nya, atas bantuan beliau.
SingPost juga menyatakan ia sudah mengambil bungkusan surat itu daripada Cik Li pada Jumaat dan akan menghantarnya pada hari yang sama juga.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.