Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Portal terjemahan dilancar buat manfaat awam

Sebuah portal penterjemahan yang dapat memahami frasa-frasa dengan ciri unik Singapura kini dibuka kepada orang ramai.

Anggaran Waktu Membaca:
01:17 Min
Sebuah portal penterjemahan yang dapat memahami frasa-frasa dengan ciri unik Singapura kini dibuka kepada orang ramai.
Diterbitkan : 27 Jun 2022 09:05PM Dikemas Kini : 27 Jun 2022 09:35PM
SINGAPURA: Sebuah portal penterjemahan yang dapat memahami frasa-frasa dengan ciri unik Singapura kini dibuka kepada orang ramai.

Digunakan sejak 2019 oleh pemerintah,portal Singapore Translate Together itu termasuk untuk membantu mengalih bahasa pelbagai bahasa semasa pandemik. Ia boleh menterjemah berbagai akronim yang digunakan di Singapura ke bahasa Mandarin, Melayu dan Tamil.

Portal itu diharap dapat mengurangkan kesilapan-kesilapan yang terbit daripada terjemahan yang salah.
Ini termasuk terjemahan yang sesuai dengan konteks Singapura.

Sejauh ini, portal itu sudah menghasilkan lebih 300,000 terjemahan sejak ia dilancarkan pada 2019.

Sekumpulan sukarelawan membantu menterjemah dan memeriksa terjemahan itu untuk dimasukkan ke portal berkenaan.

Usaha itu diharap dapat membangunkan satu masyarakat"penterjemah warga" yang boleh meningkatkan mutu terjemahan termasuk dalam perhubungan pemerintah.

"Terutama sekali untuk pengguna bahasa Melayu di Singapura, portal ini akan membantu mereka untuk mendapatkan terjemahan yang lebih tepat, sesuai untuk keadaan di Singapura dan kemudian mereka dapat juga membina keupayaan mereka dalam bahasa Melayu," kata Zulkifli Rahmat, relawan dari Friend of SGTT.
Sumber : CNA/IA/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan