Skip to main content

Singapura

Portal SkillsFuture kembali beroperasi selepas alami gangguan jelang tamat tempoh kredit S$500

Anggaran Waktu Membaca:
Portal SkillsFuture kembali beroperasi selepas alami gangguan jelang tamat tempoh kredit S$500
Portal SkillsFuture mengalami "gangguan" pada 30 Disember 2025. (Gambar fail: TODAY)
Diterbitkan : 31 Dec 2025 12:12PM Dikemas Kini : 31 Dec 2025 12:45PM
SINGAPURA: Portal SkillsFuture kembali beroperasi sepenuhnya pada Rabu (31 Dis), sehari selepas mengalami gangguan.

Ini sedang tokokan kredit S$500 sekali saja dijadualkan tamat tempoh pada 31 Disember 2025.

Mediacorp mula menerima laporan bahawa laman web MySkillsFuture mengalami gangguan seawal pukul 10.20 malam pada Selasa (30 Dis).

SkillsFuture Singapore (SSG) menyatakan pada pagi Rabu bahawa ia mengalami "masalah sistem".

“Tuntutan Kredit SkillsFuture anda, termasuk kredit yang bakal tamat tempoh, akan diluluskan sebaik sahaja sistem kembali beroperasi.

"Kami akan memaklumkan anda untuk mengemukakan tuntutan anda apabila sistem kembali beroperasi,” kata SSG dalam catatannya di Facebook.

Notis di portal MySkillsFuture pada Rabu memberi amaran kepada pengguna bahawa mungkin ada "gangguan berkala" pada beberapa perkhidmatan digital.

Ia menasihatkan para pengguna supaya melayari https://sfc.myskillsfuture.gov.sg/claim untuk mengemukakan tuntutan kredit SkillsFuture mereka.

Sebagai menjawab pertanyaan Mediacorp, SSG menyatakan: "Setakat sehingga 31 Disember 2025, pukul 7.00 pagi, isu teknikal sudah dihuraikan dan portal MySkillsFuture beroperasi sepenuhnya.

"SSG sedang bekerjasama dengan penyedia latihan untuk menghubungi mereka yang tuntutannya terjejas semasa tempoh gangguan."

Gangguan itu berlaku sedang rakyat Singapura mengejar masa untuk menggunakan tokokan kredit SkillsFuture S$500 sekali saja sebelum ia tamat tempoh pada 31 Disember.

Penyedia latihan melaporkan minggu lalu bahawa permintaan melonjak mendadak - sehingga tujuh kali ganda dalam beberapa kes.

Setakat sehingga September, kira-kira tujuh daripada 10 rakyat Singapura yang layak belum menggunakan tokokan kredit SkillsFuture mereka.

Tokokan kredit SkillsFuture diberikan kepada rakyat Singapura berusia 25 tahun ke atas pada 2020 di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Ia sebagai tambahan kepada tokokan pertama kredit SkillsFuture S$500, yang diterima oleh semua warga Singapura berusia 25 tahun ke atas dan tidak akan tamat tempoh.

Rakyat Singapura berusia 40 tahun ke atas juga diberikan elaun latihan pertengahan kerjaya sebanyak S$4,000 dalam kredit SkillsFuture yang tidak akan tamat tempoh.

Kredit SkillsFuture boleh digunakan bagi mengimbangi yuran kursus yang layak di portal online MySkillsFuture.
Sumber : CNA/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita