Skip to main content

Singapura

Portal sehenti baharu diperkenal sokong pegawai polis wanita kemudi kerjaya dalam SPF

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kini lebih mudah untuk golongan ibu menyertai atau kekal bersama Pasukan Polis Singapura (SPF).

SPF meningkatkan sokongan untuk golongan itu, termasuk membangunkan portal yang disesuaikan dengan keperluan mereka.

Portal informasi sehenti tersebut dapat menangani pertanyaan seperti bilik menyusu yang disediakan di bangunan polis, serta maklumat mengenai cuti bersalin.

Ia turut menyediakan informasi berkaitan latihan untuk pegawai yang sedang hamil.

Inisiatif terbaru itu diumumkan sempena sambutan 75 tahun penyertaan wanita dalam pasukan polis, dan dihadiri bekas pegawai dan kakitangan sekarang, berserta anggota keluarga mereka.

Acara tersebut turut memaparkan sumbangan pegawai wanita sejak 1940-an.

Sokongan bagi pegawai wanita terus-menerus meningkat, dengan saluran maklum balas khusus serta peluang jalin rangkaian disediakan untuk menyokong mereka.

Hari ini, 20 peratus wanita memegang jawatan pemimpin kanan, berbanding 16 peratus pada 2011.

Semakin ramai juga memegang jawatan khas, yang dahulunya didominasi pegawai lelaki.

SPF berkata, pihaknya komited untuk menyokong pegawai polis wanita mengemudi kerjaya mereka bersama pasukan polis.

Mengulas sumbangan pegawai polis wanita, Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Josephine Teo, berkata: "Kemajuan dan pencapaian pegawai wanita dalam pasukan polis tidak datang bergolek. Ia adalah hasil usaha pegawai perintis, serta kerja keras berterusan pegawai polis wanita pada setiap generasi.

"Wanita yang mencabar norma jantina dan mengatasi prasangka, dengan sikap tabah dan berani. Kepada semua pegawai polis wanita kita, dahulu dan sekarang, terima kasih atas dedikasi anda menjaga keselamatan Singapura."
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita