Skip to main content

Singapura

Portal sehenti baharu dilancarkan bagi bantu kembangkan kerjaya rakyat SG

Satu inisiatif baharu diumumkan demi membantu Rakyat Singapura melindungi kerjaya mereka untuk masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Jul 2025 08:10PM Dikemas Kini : 29 Jul 2025 12:58PM
SINGAPURA: Satu inisiatif baharu diumumkan demi membantu Rakyat Singapura melindungi kerjaya mereka untuk masa depan.

Dikenali sebagai Kecergasan Kerjaya SG, ia merangkumi portal sehenti yang menawarkan alat dan sumber untuk menyokong pembangunan kerjaya.

Berucap di majlis pelancarannya pada Khamis (10 Jul), Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng berkata memiliki tenaga kerja yang berkemahiran tinggi akan memberi Singapura kelebihan yang jelas, lebih-lebih lagi pada masa kini, di mana kecerdasan buatan (AI) terus mengubah cara perniagaan dan industri beroperasi.

"AI sedang membentuk semula seluruh perniagaan, seluruh industri dan cara bekerja.

"Laporan Masa Depan Pekerjaan 2025 oleh Forum Ekonomi Dunia mendapati, 39 peratus kemahiran akan terjejas dalam tempoh lima tahun, dan 63 peratus majikan menyatakan jurang kemahiran adalah halangan utama kepada transformasi perniagaan," katanya.

Pada masa yang sama, Dr Tan menambah pada lewat tahun ini, MOM akan melancarkan sumber-sumber baharu untuk membantu majikan mengukur tahap kesediaan tenaga kerja masing-masing, mengenal pasti peluang latihan yang sesuai, serta meneroka cara-cara untuk mereka semula pekerjaan supaya kemahiran pekerja dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

"Kita tidak mampu menunggu sehingga masalah timbul. Jika kita mahu rakyat kita, jika kita mahu perniagaan kita terus berkembang maju, kita perlu menjadi sangat proaktif, giat bertindak lebih dahulu mengenai kesihatan kerjaya dan seluruh perjalanan yang berkaitan dengannya," kata Dr Tan.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita