Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Portal Rangkaian MSFCares dilancarkan; hubungkan 3,000 relawan, rakan kongsi

Satu portal online, 'MSFCares Network', dapat menghubungkan lebih 3,000 sukarelawan dan rakan kongsi.

Anggaran Waktu Membaca:
Portal Rangkaian MSFCares dilancarkan; hubungkan 3,000 relawan, rakan kongsi

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli di majlis maya Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi MSF pada 24 Jan 2022.

SINGAPURA: Satu portal online, 'MSFCares Network', dapat menghubungkan lebih 3,000 sukarelawan dan rakan kongsi.

Ia dilancarkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli di majlis Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi MSF pada Isnin (24 Jan).

Portal tersebut membolehkan para penggunanya untuk mencari peluang dalam bidang yang diminati mereka. Ia juga akan menyelaraskan program dan kegiatan untuk para sukarelawan serta rakan kongsi.

Misalnya, ia akan menganjurkan latihan dan acara-acara untuk mereka bertemu.

Dalam majlis hari ini juga, hampir 400 sukarelawan dan rakan kongsi diberi pengiktirafan. Jumlah itu yang tertinggi setakat ini.

"Kita juga tahu ada kalanya para sukarelawan mungkin sukar untuk mengetahui kesan daripada sumbangan mereka. Lantaran itu, menerusi rangkaian ini, kita mahu membangunkan lebih besar masyarakat yang mempunyai fikiran yang sehaluan dengan menghubungkan para sukarelawan dengan rakan-rakan kongsi kami.," ujar Encik Masagos.

"Mereka boleh menjalin persahabatan, berkongsi pengalaman dan meningkatkan kesan daripada kerja kebajikan bersama mereka."

Sumber : CNA/HK/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan