Portal online sediakan maklumat sistem kehakiman dan undang-undang ASEAN
Sebuah portal satu hentian menyediakan maklumat tentang sistem kehakiman dan undang-undang ASEAN dilancarkan
SINGAPURA: Sebuah portal online dilancarkan hari ini (27 Jul) di Mesyuarat Majlis Ketua-ketua Hakim ASEAN yang keenam (CACJ).
Ia merupakan portal satu hentian yang menyediakan maklumat tentang sistem kehakiman dan undang-undang ASEAN yang boleh diakses oleh sesiapa sahaja.
Portal tersebut dilancarkan Ketua Hakim Sundaresh Menon hari ini (27 Jul).
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan tentang undang-undang di rantau ini dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan para pelabur.
Portal tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada negara-negara ASEAN.
Pemerintah Norway menyumbang sekitar AS$440,000 (S$600,000) kepada pembangunan dan penyenggaraan inisiatif ini.
Menurut Norway, portal tersebut akan memanfaatkan terutamanya perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana di Norway.
Mesyuarat CACJ diadakan bersempena dengan Perhimpunan Agung Persatuan Undang-Undang ASEAN ke-13 dan Sidang Undang-undang ASEAN yang berakhir esok.
Singapura akan menjadi pengerusi bagi CACJ menyusuli mesyuarat tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.